Ads Top

(PART 8) Admit Ward Kali Ketiga (part2)


Bismillah...


2 hari rehat dan rawat dari menulis di blog. Haini jom nak sambung story admit ward kali ketiga.


Ok. Macam biasa. Ambulans dah hantar ke hospital kat bahagian bersalin kecemasan tu dan aku melalui prosedur biasa sebelum naik atas atau masuk wad.. macam biasa jugak, dok atas wheelchair ditolak oleh nurse sampai wad Kenanga 10 dan terus amik katil. Pastu tukar baju pink kat toilet... pastu dok kat katil... pastu main henset... prffttt...


Disebabkan proses kat bawah tadi terlalu lama, lunch time pon terlepasss... laparrrr sangat-sangat sebab dah pukul 3 lebih belum makan nasi.. 😂


Pagi tadi sarapan aku minum air kosong je dengan roti kering sebab takmo effect kencing kotor punya pasal. Milo panas favorite aku pagi2 pon aku terpaksa tinggalkan.. padahal nurse bagtau sarapan nasi dan kuih2 tu takpe.. takde masalah... tak effect urin pon.. tapi aku lah risau..aku takmo admit ward kerap sangat sebab tu aku kawal sarapan... tapi selalunya aku akan beli nasi untuk 'brunch' lepas appointment aku kat klinik selesai.. tapi haini, appoinment aku sangkut pulak... sebab tu takda apa2 bekalan nak makan tu... mujur minum petang dorang serve puding roti.. sedap jugakla..


pre-eclampsia Admit Ward Kali Ketiga (part2)
Puding roti ke bingka roti? 


Tadi kat klinik bila dah tau kena refer hospital, macam biasa, doktor nurse semua larang aku drive hantar keta balik rumah walaupon rumah tak sampai 3km pon dari klinik. Sebab takut aku diserang eklampsia. Part ni yang buat aku rimas. Risau jugak kalau terpaksa tinggal kereta. Lepas fikir camna nak buat, dapat satu idea.. So, aku tinggalkan kunci kereta kat nurse di klinik. Aku minta kawan aku hantar keta ke rumah dan lemparkan kunci kereta kat bilik. So kereta pon selamat kat rumah. Alhamdulillah ada kawan time susah dan senang... 😊


Masa baru naik wad tadi, ada nurse datang bagi ubat kat aku tapi pesan jangan makan lagi. Makan pukul 5 atau 530 ptg camtu iaitu selepas minum petang. Sebab tengahari tadi aku baru je makan ubat darah tinggi masa kat klinik sementara tunggu naik ambulans. Pagi tadi pun dah makan jugak ubat darah tinggi methyldopa tu kat umah.. tapi ubat yang nurse bagi tu bukan jenis methyldopa yang aku selalu telan lah...
Yang ni mungkin ubat darah tinggi tapi jenis lain. Ubat darah tinggi ni banyak jenis. Jadual aku makan ubat darah tinggi ni 3 kali sehari. Pukul 730 pagi, 330 petang dan 1130malam.


Sambil tu ada nurse lain akan amik tekanan darah atau BP kami dalam pukul 330 ke 4 petang camtu. Tak lama lepas tu, nurse ubat tu datang balik kat aku. Larang aku makan ubat pkul 5. Dia suruh makan pukul 830 - 9 malam camtu. Sebab dia cakap BP aku normal. Tak tinggi. Tapi pukul 830 tu memang aku kena makan lah. Sebab dah cukup 8 jam untuk makan ubat balik.


Lepas makan malam, macam biasa duduk relaks2 atas katil. Hari pon dah petang nak malam dah. Dalam ward yang ada cuma nurses dan doktor2 muda. Dalam ward aku ada 4 katil. 4 kipas angin. Patient pon 4. Selesa jugak stay kat sini walaupon hospital gomen. Dah upgrade banyak. Hospital pon baru. Aku duduk Katil 17 Wad Kenanga 10.


Aku perasan adik yang duduk katil hujung depan aku ni mundar mandir ke toilet... muka pulak macam orang tengah sakit contraction.. seriau aku nak tengok. Petang tadi semasa waktu melawat aku tengok mak ayah adik tu ada. Aku syak mesti adik tu hamil anak sulung sebab tu parent dia risau tu.. 


Yang aku pulak dok berselisih masuk keluar toilet dengan adik ni sebab nak basuh gatal2 kat bawah tu. Gatal2 ni kejap merenyam kejap tak rasa gatal langsung. Tension siottt!!! Dekat panty liner nampak warna kuning pekat pulak lendir yang keluar. Tapi sikit aje. Sebelum ni lendir yang keluar takde warna.


Tetiba aku dengar adik tu jerit2 panggil nurse. Dia teriak "macam nak keluar dah ni!" Time tu dia atas katil dah. Nurses dengan doktor lelaki muda pulak aku tengok berlari2 pergi ke katil adik tu dan tutup tirai. Lepas tu berlari keluar pulak dah nurses dengan doktor tu. Aku dengar nurse tu tanya doktor "nak hantar labour room ke camna doktor?" Aku dengar doktor jawab "tak. Kita handle"


Aku yang tengah duduk atas katil sebenarnya dah start rasa macam loya nak muntah. Rasa pening pun ada. Air liur dah ditolak2 dari dalam kerongkong untuk keluar dari mulut. Aku tahu, aku pasti muntah kejap lagi kalau air liur dah keluar macam ni. Apehal pulak aku tiba2 jadi camni? Aku syak bukan sebab ubat, tapi sebab ulang alik ke toilet tu yang buat aku kurang rest, pening serta disebabkan perut yang dah masuk angin akibat lewat makan. Atau pun adakah disebabkan tekanan darah tinggi aku tetiba naik dan seterusnya menunjukkan tanda2 pre-eklampsia? Aku pasti ada kaitan antara kedua2nya. 


Aku muntah di toilet buat kali pertama pada senja tu. Tak banyak yang keluar mungkin sebab perut aku kosong. Yang keluar adalah air! Bukan sekali air keluar tapi berkali2 aku muntahkan air yang jumlahnya macam baru lepas minum air mineral saiz kecik sebotol. Teringat ubat yang kena makan pukul 830 tadi. Aku tengok jam baru 730 malam. Ahhh... telan jelah ubat ni... aku dah pening sangat2!!!


Ingat ok lepas dah muntah banyak macam tu sampai dah nmpak bintang2 sementelah lagi ubat pon aku dah telan. Rupanya lepas aku berehat di katil dalam 20 minit camtu aku rasa loya nak muntah balik! Masih sama, muntah air lagi.. yang aku risau, aku hampir pitam dalam toilet sebab dah nampak bintang2 dan gelap.. tapi aku cuba sandar kat dinding toilet, berhenti kejap dan cuba untuk relaks.. aku pegang besi dalam toilet tu kuat2 untuk elak dari terjatuh.. menggigil badan aku rasakan.. 😟


Lepas keluar dari toilet, aku nmpak doktor tadi dengan sarung tangan plastik yang ada kesan darah. Aku yang kehairanan terus tanya patient katil sebelah. Dia bgtau adik tu dah bersalin. Rupanya baby adik tu dah meninggal dunia sebelum dia masuk hospital lagi.so, kena admit ward untuk bersalin paksa la. Lepas tu ada sorang doktor perempuan melayu agak senior dan jugak doktor lelaki cina muda cikit datang tengok adik tu. Lepas tu adik tu pun terus dibawa ke wad lain bersama baby dia.


Dalam pada tu, aku yang baru lepas muntah teruk tadi dah baring2 atas katil. Aku rasa seram sejuk. Aku cuma selimut kaki aje. Dahi aku dah tampal kokyok dua2 belah dan sapu minyak cap kapak di leher. Tetiba dua2 doktor tadi datang dekat katil aku. Tanya aku kenapa pakai kokyok? Aku jawablah sebab aku muntah2 tadi dan rasa pening kepala. Lepas selesai bersoal jawab dengan doktor tadi, aku dengar doktor perempuan tu minta dekat doktor cina tu supaya aku dimasukkan ke HDA sebab dah ada tanda2 Preeclampsia! 





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.