Ads Top

(PART 5) Medic Term Sebelum Bertambah Konfiusss!


Aku rasa macam dah nak konfius pulak.. kejap darah tinggi kejap eklampsia kejap protin.. PIH lagi.. haha.. sebelum aku konfius disebabkan putaran masa, baik aku up satu entri tentang ni betui dak? Buat kenang-kenangan.. 😉


So ni aku tempek maklumat/info pasal ibu2 yang menghidap darah tinggi semasa mengandung atau Pregnancy Induced Hypertension (PIH) yang aku dapat kat internet.


Ok. Macam kes aku. Pada mulanya dapat darah tinggi. Reading BP 140/100 keatas.  So aku ni dah jadi PIH patient la.. kat wad selalu jugak dengar nurse dok sebut.. "patient ni PIH!" sambil tunjuk kat aku.. so selalu dapat priority duduk atas wheelchair tiap kali kena jumpa doktor nak scan ke apa ke.. hehe



Lepastu, urin atau air kencing kotor. Sepatutnya dalam air kencing tidak boleh ada protin. Sebab haitu aku tanya nurse, dia cakap protin ni molekul/saiz/zarah dia besar, sepatutnya tak boleh terlepas masuk dalam air kencing. Kalau dalam air kencing ada protin, itu tanda buah pinggang/ginjal/kidney gagal berfungsi dengan baik. Takut detect masalah buah pinggang pulak.. 

Aku rasa haru biru bila dapat explanation macam ni! 

Bukan tak faham dengan explanation tu, tapi haru biru sebab terpikir... banyak gila penyakit!!! Darah tinggi, sakit ginjal, eklampsia.. apeni???  


Selalu dengar nurse dan doktor sebut urin albumin bila dorang tengok result urin test aku.



So...

Urin Albumin = Proteinuria = Albuminuria


Kalau kedua2 ni ada (BP dan Urin) konfirm kena admit wad sebab dua2 ni petanda ibu berisiko diserang eklampsia atau sawan mengandung atau tarik. So peringkat ni dipanggil pre-eclampsia. Kena dipantau kat wad. Katil patient PIH ni dekat dengan kaunter/meja nurse dan doktor. 


Kalau buat normal check up perut kat klinik, memang check BP dan urin ni wajib. Selain ia merupakan normal procedure dorang, inilah juga caranya untuk mengelakkan atau membendung ibu mengandung diserang eklampsia dengan memberikan rawatan awal dan pemantauan di hospital kepada ibu setelah tanda pre eclampsia dikesan. 





Macam kes aku, kena refer hospital sebab tanda preeclampsia dikesan masa 25 minggu 6 hari pregnant.. tapi darah tinggi dikesan dulu iaitu pada 25minggu 3 hari.. beza 3 hari je pun..


Preeclampsia = Sawan Mengandung = Tarik


Ni aku dapat dari blog drzubaidi lagi



Ni aku share lagi sekali simptom atau tanda2 preeclampsia yang ibu mengandung kena jaga2.. 


Pregnancy Induced Hypertension (PIH)


Ok. Itu je nak up kali ni. Kira macam summary pendek tentang term2 atau istilah2 yang aku guna pakai dalam entri sebelum ni. Kena faham term ni sebab lepas ni macam2 lagi term medik yang aku nak sebut bagi masalah aku hadapi sepanjang pregnant anak keempat ni. Antaranya hyperuricemia, oligohydramnion, conjunctivitis, pseudo membrane, viral fever dan macam-macam lagi.. 


Dugaan mengandung sungguh!!! 👍👍


jom baca Part 6 pula...




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.