Friday, 10 February 2017

Urine Test Negatif... aku tak pregnant???


Jap.. nak up cerita tentang nak buka buku pink ni..


Hari pertama untuk last period aku ialah 19mei. Sebenarnya masa bulan 6 tu aku tak perasan aku tak period. Tup2 masuk bulan 7 dah.. baru aku sedar. Alang2 dah bulan 7, aku tunggu jelah. Mana tau kot2 period aku sengaja xdatang masa bulan 6 tu kan.. πŸ˜‹Tengok bulan 7 pun period tak datang jugak... 


Dengan confident aku pergi klinik kesihatan dekat dengan rumah untuk buka buku pink. Masa ni dah masuk bulan 8 dah.. macam biasa kena lalui ujian makmal dulu. Urine test. Lepas dah dapat result urine, aku bawaklah ke kaunter untuk dorang arrow aku ke klinik ibu anak. Sekali... jururawat lelaki kat kaunter tu cakap "xda apa, xngandung"..


Terkejut bukan kepalang aku! Aikkk xpregnant ke ni? Haishhh.. aku pun bgtau lah kat dia "kalau sampai hujung bulan ni (8) saya tak period jugak, maknanya dah 3 bulan saya tak period! Heran jugak, ingat pregnant.. Tu sebab saya datang nak buka buku merah".. aku cakap pun sambil senyum2 la.. cover malu ingat pregnant! Kihkih..


Staf tu tanyalah macam2 kat aku samada aku ada simptom2 first trimester ke tak... macam loya.. morning sickness tu.. yes. Memang ada. Tapi tak teruk. Lepastu dia cakap, kalau bulan ni (8) aku masih tak period jugak, jumpa doktor terus untuk scan. Sebab urine test memang negatif kalau dah lama.. lain lah baru bulan ni tak period terus check.. πŸ€”


Bila dah masuk bulan9, aku pun terpikir untuk pergi scan perut kt klinik tu balik. Tapi bila aku cadang je nak pergi, fikiran aku mula lah risau macam2.. malam sampai tak leh tido.. aku asyik tangguh je nak pergi scan perut tu.. aku risau kalau2 doktor scan nanti takda baby tapi ada cyst ke.. fibroid ke.. takutnya kena operate... serius... masa ni baru aku faham perasaan orang yang degil tak nak operate taknak masuk spital.. aku ni baru nak scan pun dah tak lena tido pikir macam2! Adehh..


Akhirnya 17/9 aku pergi jugak scan perut kat klinik swasta masa balik kg bercuti raya haji kalau tak silap.. aku fikir, kalau ada fibroid atau cyst dah tentu benda tu pun makin membesar dan perlu dibuang. Lagi bahaya kalau aku biarkan lama2. Tawakal je. Aku dah ready kalau doktor bgtau aku ada cyst. Nauzubillah...



Tapi alhamdulillah... aku sendiri nampak imej anak dalam rahim masa doktor scan. Jantung pun nampak. Semua anggota kaki tangan dah lengkap. Syukur gila tak kena operate buang cyst!!! Kah!! Ehemmm.. syukur sebab pregnant jugak lah!!


Dah konfirm pregnant, aku pun terus pergi ke klinik kesihatan tu balik untuk buka buku pink minggu tu jugak. Aku tunjukkan gambar kat atas ni dan dorang pun terus buka buku pink kat aku. Ofkos la dorang tanya kenapa lewat datang klinik. Terpaksalah aku xplain dengan sabar.. eh aku memang penyabar la.. πŸ˜…


Tak sangka pulak pregnant kali ni aku dapat darah tinggi. Alhamdulillah kencing manis tak ikut sekali. Tak tau lah pulak kalau2 sebab lewat buka buku pink ni aku dapat darah tinggi. Sebab tak makan vitamin dan ubat hospital dan tak cucuk apa yang patut masa awal2 pregnancy ke... Dapat darah tinggi sedangkan umur pregnant muda lagi baru 35.. entahlah... aku bukan pakar O&G! 😁