Ads Top

Renew Insurans Kereta Di Takaful Malaysia Layak 15% Rebate Dikreditkan Terus Ke Dalam Akaun Bank



Renew Insurans Kereta Di Takaful Malaysia Layak 15% Rebate Dikreditkan Terus Ke Dalam Akaun Bank


Alhamdulillah. 
Roadtax keta dah settle!


Sejak awal bulan ni aku dah dapat 2 kali reminder 
suruh renew insurans dan jugak roadtax kereta dari Alliance...


Selang 2 minggu reminder ni sampai.
Terima kasih.


Disebabkan nak tunggu gaji masuk baru nak buat, so aku abaikan je.
Lagipun aku nak tunggu geran keta aku yang satu lagi tu sampai dari Ambank Penang ke Ambank SP baru aku nak gi renew roadtax keta waja aku. Senang kuar satu hari je buat urusan ni semua... minyak kan dah mahal... lagipun bulan puasa kan.. sayang kupon parking lagi... 


Aku pergi Ambank bulan lepas 25hb minta dorang poskan geran keta satu lagi tu ke SP. Sign form dan tunggu je dorang call aku bila geran dah sampai SP nanti. Tunggu punya tunggu, sampai 19 Jun dorang tak call lagi. Roadtax keta waja aku 27 Jun ni nak expired dah. Minggu raya pulak tu.. haiii tak boleh tunggu geran tu dah.. kang lambat pulak roadtax waja aku.. takut jugak nak drive keta time raya-raya ni kalo keta takde roadtax. So, terpaksalah pergi SP Isnin baru-baru ni untuk settle roadtax kereta waja... nanti pergi SP lagi amik geran pulak 😣


Kat pejabat Takaful Malaysia.


Selama ni keta aku guna insurans dari Alliance. 
Tapi kali ni rasa nak tukar company lain pulak la... buat Alliance dah berapa lama sejak beli keta ni tak penah dapat apa-apa pun macam rebate ke apa ke kan. Member aku suggest aku renew insurans keta dekat Takaful Malaysia pulak. Sebab ada rebate 10%. 


Tapi masa aku pergi pejabat Takaful Malaysia tu, bunting dia tulis 15% rebate! Terlupa nak snap la pulak... dan memang staf kat situ cakap 15% jugak. So aku buat insurans keta amik plan Comprehensive. Tapi disebabkan keta ni dah berusia 13 tahun lebih, sebab tu murah je aku bayar...



KOS RENEW INSURANS KERETA DI 
TAKAFUL MALAYSIA

RM264.75
tanpa cover cermin
Kalau masuk cermin, RM 350.65



Ada form aku kena isi. 
Dalam tu kena isi siap-siap nombor akaun sendiri untuk dorang credit masuk rebate tu nanti. Kalau yang amik comprehensive plan macam aku, kenalah prepare tulis siap-siap nama dan jugak nombor ic second driver. Tak perlu bawak salinan ic dorang pun.



TIPS RENEW INSURANS KERETA 
DI TAKAFUL MALAYSIA

1. Nombor Akaun Bank milik sendiri (jika ada rebate)

2. Nama dan Nombor IC second driver (untuk plan comprehensive)



Alhamdulillah...
Tengah isi form, dapat call dari Ambank suruh amik geran keta. Ya Allah... legaaa... terus confirmkan kat dorang haitu jugak aku pergi amik! Hehe 😃 


Settle je urusan kat Takaful Malaysia kat Jam Besar SP, terus pergi Ambank Cawangan Lagenda Heights pulak. Tak sempat nak pergi RTC dah untuk renew roadtax. Padahal RTC dah tak jauh dah dari Jam Besar tu. Bukan apa, takut payah nak dapat parking kat Ambank nanti. Situ ada Maybank jadi paham-paham jelah kan. Lagipun roadtax boleh buat kat Pejabat Pos...


Dan alhamdulillah urusan kat Ambank dah setel..
Selasa tengahari aku pergi Pejabat Pos untuk renew roadtax.



Urusan renew roadtax kat Pejabat Pos.



KOS RENEW ROADTAX
DI PEJABAT POS
(Tak termasuk Insurans)

RM 92.00


Fuhhhh!!! Lega roadtax dah dapat. 😊


Total renew roadtax aku tahun ni RM 356++ (termasuk insurans). 
Banyak jugak beza buat tahun lepas dengan tahun ni padahal baru setahun. Tu belum tolak rebate nak dapat lagi 3-4 bulan lagi.. Tahun lepas cover 15k tahun ni cover RM10k... tahun lepas bayar dekat RM500.


Beza thn lepas dgn tahun ni


Mujurlah insurans dengan roadtax keta makin turun. Tapi ada dengar jugak minimum cover 10k. Means, tahun depan maybe sama lagi la cover dia iaitu 10k... 
Apa-apa pun kena tengok tahun depan. 


Ok tu je nak update. 
Jumpa lagi next entri.



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.