Resepi Sayur Kailan Goreng Ikan Masin
Kailan Goreng Ikan Masin
Entri belog kali ni nak share resepi Kailan Goreng Ikan Masin.
Resepi ni adalah juadah berbuka saya pada 06 Ramadhan (Khamis) tahun ni di samping menu lain sebagai pembuka selera...
Wahhh macam skemanye ayat di atas uhuk.. uhuk..
Untuk membuat masakan ni, perkara asas yang perlu ada adalah kita semestinya mesti kenal rupa sayur kailan. Kalau tak kenal maka tak cinta.. ehhh, bila tak kenal maka tak jadilah Resepi Sayur Kailan Goreng Ikan Masin... kehkeh!
Terdapat perkara asas kedua... iaitu kita mesti kenal rupa ikan masin.
Ok dah dah! Melalut dah aku ni. Hehe.. jangan marah naaa... jomlah intai resepi! 😅
RESEPI SAYUR KAILAN GORENG IKAN MASIN
3 pokok sayur kailan,
Ikan kurau masin (saiz 2 ibu jari),
1 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih,
1 labu bawang besar,
1 biji cili merah,
5 biji cili api hijau,
1 sudu besar sos tiram,
Air 3 sudu besar,
Minyak 3 sudu besar,
CARA MEMASAK
1. Ikan kurau masin dipotong setebal duit syiling 50 sen.
Dibasuh dan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak gorengan tadi,
tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili merah, cili api hijau dan bawang besar.
Goreng sampai bawang besar lembut.
4. Kemudian masukkan batang kailan.
Goreng sampai lembut kemudian masukkan air dan daun kailan.
5. Masukkan 1 sudu besar sos tiram.
6. Ikan kurau masin dipatah-patahkan dahulu.
Kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau sehingga semua sebati.
Done! Selamat memasak!
Resepi ni dah tak perlu guna garam sebab ikan kurau masin dah ada.
Sos tiram pun dah cukup memberi rasa masin pada resepi ni.
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.