Tukar Minyak Enjin Kereta Dengan Minyak Enjin Petronas Syntium Sebelum Pulang Beraya Tahun Ini
Pagi tadi sebaik saja hantar anak kat rumah pengasuh, tetiba enjin keta aku mati. Tunggu lebih kurang 5 minit start balik keta. Nasib baiklah mau hidup. Kalau tak, terpaksalah call member mai amik aku pergi keja...
Dalam pukul 1245 camtu aku bawak keta pergi balik kat kedai bateri haitu. Ada aku cerita dalam entri ni. Sebelum pergi tu dah call kedai. Dorang suruh hantar untuk check.
Lepas boot keta dah dibuka, perkara pertama yang dorang check ofkos lah minyak enjin kan? Sekali dorang check minyak enjin keta aku dah takde... la.... minyak enjin rupanya, ingat masalah bateri lagi! Allah... malunyeeee.... 😅
Try minyak enjin dari
Jenama Petronas Syntium pulak kali ni.. 😘
Disebabkan rasa macam dah tebal muka, teruslah aku minta dorang taruk minyak enjin baru.. minta dorang tukar minyak auto aka minyak gearbox sekali. Tapi lepas check, minyak auto masih elok lagi so, tak tukar la.
Haitu dalam entri ni memang ingat nak tukar, tapi lepas settle masalah bateri tu terus terlupa nak buat benda ni (tukar minyak enjin). Nasiblah enjin mati haini, boleh terus buat. Kalau jadi time raya nanti?
Minyak enjin lama
Dulu masa beli keta ni tahun 2008, Abang Husnizam (abang no.2) ajar aku macam mana nak drive keta auto. Aku tak penah ada keta lagi sebelum keta ni. Tapi aku selalu jugak la sewa keta manual sebab gila stereng kan hehe.. sebelum beli motor. Nak beli keta ni pun, minta dia tolong carikan sebab dia lebih expert dalam bidang ni. Yelah nak beli keta second je...
Hari keta ni keluar, dia hantar kami suami isteri balik umah mak aku kat kampung. Tak ingat ada event apa. Merasa lah jadi Cik Puan Besar jap... Malam tu jugak kami berempat termasuk adik aku naik keta ni aku bawak. Abang aku ajar cara drive keta auto. Pukul 12 malam tuuuu... senang nak test lampu tinggi lampu rendah lampu hazard bagai 😊😊
Lepas tu dia ada bagitau aku, ada keta ni minyak hitam kena tukar selalulah lah berbanding benda lain time servis tuu. Dia gitau aku minyak hitam tu minyak enjinlah.. kadang-kadang orang panggil minyak enjin.. kadang-kadang orang panggil minyak hitam. Barulah aku tahu kenapa minyak enjin dipanggil minyak hitam lepas dah tengok imej serupa gambar di atas beberapa tahun dulu 😅
Kos Tukar Minyak Enjin/ Hitam
Petronas Syntium
RM 138 sebotol
Tu je nak update.
Ok. Bye.
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.