Ads Top

Resepi ~ Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Dengan Petai



Resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Dengan Petai


Harini rasa teringin sangat nak makan gulai masak lemak cili padi daging dengan petai ala masakan Negeri Sembilan. 


Walaupun tak belajar secara formal cuma secara lisan daripada orang Nismilan sendiri masa aku menetap dan bekerja di Port Dickson.. tetapi hasilnya memang terbaikkk! Terima kasih Makcik Kantin Kak Salmah yang dah lama kita tak bersua kerana berjaya yakinkan aku untuk memasak gulai ni tanpa bawang... Ye lah.. aku kan orang Kedah.. macam-macam yang aku fikir takut nanti lepas dah siap masak aku buang je gulai ni dalam longkang sebab tak sedap angkara tak letak bawang.. tak penah lagi masak gulai tanpa bawang kot! 😊


Terngiang-ngiang lagi perbualan kami dulu..


"Saya kalau masak gulai masak lemak cili padi ni, mesti tak dapat rasa macam kak Salmah buat. Kak Salmah buh apa dalam gulai ni?
"Kau jangan letak bawang U.. kau cubalah"
"Sedap ke tak letak bawang?"
"Yang kau makan tadi tu takda bawanglah! Kau cuba dulu...sedap U.. "


Lepas aku buat, alhamdulillah... 
Rasa dia memang sangat-sangat masak lomak hehe.. aku cuma amik tips tu je. Sukatan daging santan cili halia semua aku agak sendiri je lah.. ok! Jom tengok resepi.



BAHAN - BAHAN DIKISAR LUMAT


 Cili Padi ~ 11 tangkai
Cili Merah ~ 1 tangkai
Kunyit Hidup ~ sebesar ibu jari
Halia ~ sebesar ibu jari
Lengkuas ~ sebesar 1/2 ibu jari
Air ~ 1 cawan



BAHAN - BAHAN LAIN


1. Daging Salai 
~ saiz sebesar tapak tangan je. Hiris ikut ketebalan biasa.

2. Serai ~ 1 batang diketuk.
3. Air ~ 1 cawan.
4. Santan pekat ~ 1 cawan.
5. Petai ~ 1 tangkai dan direbus. Amik biji je.
6. Garam ~ secukupnya.



CARA MEMASAK MASAK LOMAK


1. Masukkan bahan yang telah dikisar lumat ke dalam kuali bersama daging salai, serai dan air. Masak sampai kuahnya kering. 


2. Bila dah kering, masukkan santan pekat dan petai yang telah direbus. Kacau selalu sehingga santan mendidih. Kemudian tutup api dan masukkan garam secukup rasa. Siap.


***


Kalau takda daging salai, boleh buat sendiri macam aku. Lumur garam kunyit dekat daging (saiz tapak tangan dan belum dihiris kecil) dan letak je atas kuali. Bukak api dapur, bakar tanpa minyak sampai daging tu sendiri keluarkan minyaknya. Aroma sangat semerbak! 😃.  Lepas tu baru hiris daging tu ikut saiz yang kita nak. 


Kalau malas atau takda masa banyak untuk salai sendiri daging, guna daging yang tak salai pun takpa. Tapi akan menggugat sikitlah rasa gulai masak lomak cili padi ni. 


Selamat mencuba! 😊


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.