Besi Pemegang Grill Sliding
Hari ni aku agak sedih lah..
sebab permohonan loan aku dekat BSN tak lulus.. dah dapat surat pelepasan loan kereta mak aku hari Selasa lepas, dah wasap tunjuk surat tu kat BSN. tapi baru hari ni aku dapat feedback bahawa loan aku tak lulus.. kena tunggu lagi 6 bulan dari tarikh surat pelepasan tu dikeluarkan... 😟 hari tu dorang cakap nak surat tu je then boleh proceed loan..
Aku rasa aku repair balik rumah guna duit gaji je lah..
yelah kan.. kalau dah 6 bulan lagi nak kena tunggu nama clear dalam ccris.. heran jugak aku, kereta dah habis bayar tapi macam mana rekod CCris masih ada? aku pernah call Bank Negara Cawangan Penang. Dorang boleh tengok dalam sistem CCris tapi tak boleh buang. Hanya bank yang terlibat dengan loan kita tu je boleh buang dari sistem CCris.. so apa maknanya?
Dalam minggu ni dah 2 kali aku mimpi pasal rumah.
So, lepas pergi Ambank amik surat pelepasan tu, aku pergi ke rumah.. tapi disebabkan hari hujan, so aku tak masuk dalam rumah lah.. cuma keluar kereta untuk tutup pintu pagar je.. ingat nak masuk la tengok atau check apa2.. 2 kali pergi rumah, 2 kali hujan.. prftt..
So hari ni aku nak post kat sini pasal grill rumah.
tak ingat dah bila, aku dengan husben pergi kedai hardware dan beli besi ikat grill ni.. beli pun sebab ada ayah jiran kami advice masa lepas seminggu rumah kami kena pecah masuk tu.. tujuan pasang benda ni adalah untuk memastikan grill lebih selamat di situ. inshaa Allah..
kami beli besi ni 2 unit..
saiz 2 1/2 inci macam pakcik tu suggest..
masa mula letak tu ingat tak muat, husben aku buat tak masuk besi pemegang tu dekat grill kami.. lepas tu nasib baiklah bila aku pusing-pusingkan dia.. masuk! lega.. kalo tak rugi beli.. huhu..
sengaja letak mangga jenis berlainan kat dua2 pemegang grill ni.
macam nilah rupa sliding door rumah aku..
dah lama dah macam ni sejak bulan 10 haitu. kadang-kadang aku pergi rumah jenguk2 apa yang patut.. kadang-kadang husben yang pergi melawat rumah.. baru sekali je aku pergi menyapu sampah kat rumah tu.. itu pun selepas dah pasang grill. Aku pergi sapu semua sampah peninggalan orang buat renovation haitu.. tak banyak mana pun la..
ok tu jelah nak update..
moga anak2 baca kisah ni nanti.. in shaa Allah..
tq reading! 😘😘😘
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.