Ads Top

Menu Faveret sejak kecik ~ Sambal Tumis Ikan Bilis


Siapa yang tak kenal sambal tumis ikan bilis? 


Sambal tumis ikan bilis ni memang ada banyak jenis.
Tapi resepi yang aku nak kongsikan hari ni adalah cara memasak yang aku paling yakin nak buat kalau nak hidang kat orang luar la especially kalau nak memasak bila balik kampung.. 


Ni aku nak share resepi ikut strength 3 orang dewasa makan.


Sambal tumis ikan bilis


RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan - bahan

1.Ikan Bilis segenggam.
2. Bawang Merah India sebiji.
3. Bawang Putih dua ulas.
4. Cili kering.
5. Air Asam jawa.
6. Belacan.
7. Bawang Besar dihiris.


Cara Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis

1. Ikan bilis dibasuh dan direndam supaya lembut. Kemudian digoreng jangan sampai garing.. agak2 dia masak je. Angkat letak tepi dulu.

2. Bawang merah India dan bawang putih ditumbuk.  
Terus tumiskan dalam kuali bekas goreng ikan bilis tadi sampai wangi dan kekuning2an.

3. Masukkan 3 sudu makan cili kering yang telah dikisar. Tumis pula sampai pecah minyak di atas api yang perlahan.




4. Air asam jawa dimasukkan mengikut kecairan kuah yang dikehendaki. Asam Jawa kurang sikit dari saiz ibu jari je. Jangan banyak sangat. Kemudian masukkan belacan dan kacau perlahan seketika supaya belacan hancur.

5.Apabila belacan sudah hancur, terus masukkan ikan bilis tadi dan hirisan bawang besar. Masaklah di atas api perlahan supaya manis bawang besar tadi keluar sepenuhnya ke dalam kuah sambal. Tutup api.

6. Akhir sekali masukkan garam dan gula pasir sesudu teh sahaja. Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas hehe..



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.