Kek Batik ~ Kudapan anak-anak petang Jumaat
Kek batik
Petang Jumaat semalam dalam pukul 4 camtu aku buat kek batik. Plan nak buat untuk besday Eshan tengah bulan nie tapi bebudak ni dah pakat makan biskut marie setengah kilo yang aku beli Rabu haitu sampai dah tinggal sikit.. aku fikir better aku buat terus la kek batik ni.. nanti habis licin biskut marie tu tak pasal kena beli lain huhu.. oh ya, aku beli biskut marie timbang. Setengah kilo RM6.
RESEPI KEK BATIK FAVOURITE
Bahan-bahan :
1.Planta jenama Pelangi
2.Gula Pasir - 1 1/2 sudu makan
3.Susu Pekat Manis - 3 sudu makan
4.Serbuk Koko - 3 sudu makan
5.Air
6.Telur - 1 biji
6.Biskut Marie - bergntung kpd adunan
7.Garam biasa
Cara Membuat :
1.Masukkan planta dalam kuali. Tak perlu hidupkan dapur lagi. Jumlah planta mempengaruhi jumlah bahan2 lain yang akan dimasukkan nanti. Agak2 je. Tapi kalau nak imagine tu lebih kurang 1 cawan la..
2. Lepas tu masukkan gula pasir, susu pekat manis, serbuk koko. Hidupkan api dapur dengan nyalaan api yang sederhana dan teruskan mengacau adunan sedikit laju. Sebelum tu, tambahkan sedikit air supaya adunan mudah dikacau dan bagi mengelakkan ia hangit.
3.Lepas semua bahan dah sebati barulah masukkan sebiji telur. Tambah air jika adunan terlalu pekat. Tapi jangan sampai cair sangat takut nanti tak menyalut biskut marie pulak.. Kacau adunan sedikit laju seperti tadi bagi mengelakkan telur menjadi masak sehingga nmpak putih telur. Masak lagi sampai agak-agak semua bahan adunan dah masak sempurna. Barulah masukkan garam biasa. Kacau sebentar.
4.Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan kepada 2 bahagian. Gaul atas dapur sambil api dapur masih terpasang tapi lebih perlahan. Bila biskut dah sebati dengan adunan koko, tutup api dapur..
5.Letak adunan ke dalam bekas tupperware/tin.
Tekankan adunan dalam bekas biar adunan mampat dalam bekas dan tiada ruang udara antara sesama biskut. Lakukan dengan tangan yang bersalut plastik. Simpan dalam peti sejuk 3 jam dah boleh makan. Siap.
***
Anak-anak ni kalau makan kek ke, roti canai ke, cucur manis ke.. memang kena taruk makanan tu dalam tupperware kecik-kecik sorang satu. Selalu aku letak dalam tupperware tau fu fah tu je.. ni abah dia la suruh buat macam tu.. jenuh aku nak membasuh bekas sorang satu..
Buat tadi pun takde google resepi sukatan ke apa ke..
pakai taruk je bahan dalam kuali besar tu agak2..
nasib baiklah rasa dia macam yang aku nak.. taruk biskut pun agak2 jugak.. bukan apa, kadang bila ikut resepi, hasilnya kadang2 terlebih manis.. spoil!
Sekian resepi untuk hari ini.
ok bye! 😁
ok bye! 😁
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.