Hari-hari Terakhir Kami di PLKN (PART 1)
AHAD 30 Sept 2018
Hari ni semangat seolah dibawa pergi...
Setelah selama hampir 6 hari mendengar khabar berita dari kem-kem lain bahawa talian internet di kem mereka dipotong, hari ni tiba giliran kami pulak...
Lebih kurang pukul 4 petang, wakil pihak GI*N masuk ke ofis dan memperkenalkan diri. Sebelum ni kalau wakil mereka datang untuk fix problem, kami tak amik port pun.. selalunya ada sorang daripada kami akan escort wakil dorang untuk buat kerja.. yang lain continue hal masing-masing.. tapi tetiba hari ni semuanya jadi terlajak ramah dan tetiba je 'caring' 😅 semua orang tetiba je jadi busy...
Wakil dorang kami escort sampai ke bilik yang menempatkan router internet. Semua orang melihat dengan 1001 perasaan bilamana terpaksa-rela-redha menyaksikan router internet tersebut diambil dari sarangnya bertapa selama ini.. sekelippp mata... tak percaya akhirnya ia terjadi jua...
Satu perasaan yang sungguh pilu...
tak kami sangka kami bekerja di sini sehingga program ini ditutup... kami anggap ini adalah satu pengalaman berharga bila berpeluang menyaksikan satu demi satu perkara di sini disemadikan... Pastinya kenangan di sini kan kusemat di hati selamanya 😦
Terima kasih PLKN ~
Terima kasih PLKN ~
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.