Ads Top

Hari - hari Terakhir Kami di PLKN (PART 3) ~ The Ladies



Sehingga 31 Disember... 
The Ladies mungkin mendapat penempatan ke mana-mana jabatan dalam tempoh 3 bulan ini.. Tak tahu di mana. Keluar Negeri kah.... keluar daerah kah... 


Sekarang kami ditempatkan sebagai tumpangan sementara di satu kem tentera di dalam bandar Sungai Petani.










Seperti baru dilantik sebagai penjawat awam pada awal 2005 dulu. Debaran menanti kemana hendak ditempatkan. Hanya 2 bulan lebih aku ditempatkan di CKA, Mindef (Ministry of Defence) sebelum mendapat surat penempatan.


Ya. Berbeza dulu dan sekarang. Dulu aku volunteer bekerja di N9 sebab suka tengok tempat orang apatah lagi masih muda dan belum ada keluarga. Tapi hari ini, aku berdoa banyak-banyak supaya dapat dekat SP 😅


Kemungkinan besar The Ladies akan berpecah... 
aku berharap supaya mendapat penempatan dalam masa terdekat. At least surat keluar paling awal bulan 11 dan arahan pertukaran selewat-lewatnya pertengahan bulan 12. Awal bulan Disember ini, salah seorang daripada kami akan mengundur diri. Terpaksa. Kerana diarahkan oleh jabatan atas sebab mencari kerja baru. Ya Allah... semoga engku permudahkan rezeki buat Shuhada dan rakan jurulatih yang berstatus kontrak yang lain. Amin YRA...



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.