Ads Top

Milo sedappp di sekolah ~




 Selasa 08 Jan 2019 


Awal anak-anak di sekolah dapat minum milo sedap lagi perrrrcuma di sekolah tahun ni. Tak ingat tahun lepas bila dorang dapat minum tapi seingat aku macam dah dekat hujung tahun je.... 


Harini aku nak up gambar event minum milo sedap ni. Dapat dari group wassap waris Pra SKMP je.. jadilah daripada takda kan? Bagus jugak ada teknologi ni, dapat jugak tengok aktiviti anak kat sekolah 👏👏


Boleh jugak tengok anak aku tengah bawak air milo sedap dia dapat tuu... seronok aku rasa bila download gambar dari group wasap sekolah, nampak ada jugak gambar anak aku ni hehe...


Awat seriuss je ni abam? Kejap lagi dah minum milo sedap kompom senyum sampai telinga ni hihik



SKMP ...


Beratur dengan penuh sabar dan teruja..
Macam kita kecik-kecik dulu ye tak? Ehehe..




Dulu seingat aku, kat sekolah ada cikgu jual air kotak perasa coklat.. kalau tak salah aku, dekat kotak tu ada dia tulis perkataan 'tetrapark'... aku tak pastilah tu nama syarikat ke nama brand.. tapi rasa macam lebih sesuai untuk nama syarikat kot... tapi... sedap sungguh! 




Seingat aku, zaman tu harga sekotak air kotak perasa coklat tu RM 0.50 rasanya... aku rasa semuanya perasa coklat kot.. takde original ke stoberi ke lagi masa tu.. tapi memang sedap! Ingat lagi mak aku bagi duit, mungkin dalam RM3 rasanya untuk beli air kotak tu. Sebenarnya nak suruh abang aku beli tapi dorang bagitau time dorang ramai sangat orang beli. Takut habis. So kalau tahap 1 beli ni taklah ramai sangat budaknya.. hihi.. Aku beli masa rehat awal-awal tu sebelum ke kantin dan lepas dah dapat aku simpan dalam laci bawah meja tulis. Balik lepas habis rehat, tengok air kotak tu semua dah kena rembat dah! Takde rezeki... tapi kenangan semua tu.. 😊


Agaknya semua sekolah ada jual kot air kotak perasa coklat tu masa tahun 1980an - 1990an? Ke untuk sekolah luar bandar je? 



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.