Ads Top

 

Seingat aku, pertengahan bulan Jun tahun ini adalah permulaan kali ke-2 semaian biji benih cabai merah selepas aku gagal kali pertama pada tahun lepas. Sebenarnya tanaman aku gagal tahun lepas bukanlah semasa fasa semaian ni. Tapi semasa fasa tumbesaran anak pokok cabai merah. 


Semasa cubaan menanam pokok cabai merah kali kedua tahun ni ,aku sebenar-benarnya ada rasa 'takut' kalau-kalau pokok cabai yang tumbuh nanti banyak yang mati macam tahun lepas. Jadi, aku semai banyak-banyak biji cabai dalam pasu. Dan aku akan siram hari-hari setiap pagi dan lewat petang. Selama lebih 10 hari seingat aku, mungkin antara 10-14 hari barulah aku nampak hasil siraman aku tu menampakkan hasil bila tunas-tunas anak pokok cabai mulai tumbuh. Dalam tempoh menunggu tunas pokok cabai tumbuh, aku masih 'cool' sebab tahun lepas, aku tak ada apa-apa masalah semasa fasa semaian ni. Jadi tempoh menunggu 10 hari tu kurang mendebarkan sangatlah pada aku. Sebab aku sangat yakin akan tumbuh tunas selepas tempoh tu. Tapi kalau tak tumbuh langsung, mungkin aku trauma terus kot sebab cubaan kali kedua nampaknya lebih teruk kahkah

Gambar ni mungkin diambil pada penghujung Jun lepas. Semai banyak biji dalam satu pasu. Disebabkan aku rajin siram agaknya, tak lama selepas tu tumbuh lagi tunas-tunas baru walaupun batch yang sekali dengan dia tu dah keluar 2-3 daun dah atau dalam erti kata lain, dah jadi anak pokok.. takpa, alhamdulillah jua dengan rezeki Allah.


Dalam tempoh semaian tu, sama seperti tahun lepas, pasu/bekas semaian aku letak dalam toilet belakang sahaja. Bila tunas dah membesar, sudah nampak rupa seperti pokok cabai dan mempunyai daun dalam 3-4 helai, aku tiba-tiba teringat bahawa aku mesti meletakkan anak-anak pokok ni di luar rumah supaya pokok-pokok ni boleh mendapat cahaya matahari jadi tumbesaran pokok tak terganggu dan dapat membesar serta mengeluarkan hasil kerana proses fotosintesis yang berlaku. Ini bukan ayat penyedap perenggan tau. Sebab aku memang dah masuk fasa 'pengalaman pokok mati' sebab pernah terjadi tahun lepas. Pokok aku mati semasa fasa inilah.. fasa tumbesaran.



Semaian di dalam toilet~

letak atas sinki saja dlu.


aku dah berjaya melepasi fasa semaian. Alhamdulillah.
main reka sesuka hati je nama fasa-fasa ni hihi



anak pokok cabai merah. 



semaian aku letak atas kayu. kayu pulak letak atas sinki. ada kayu lebih masa paktehku buat pagar 2 tahun lepas dan masih elok. Toilet ni kami tak pernah guna untuk mandi sekali pun. 


anak pokok cabai merah



APA KESILAPAN AKU BUAT TAHUN LEPAS?

 Kesilapan aku tahun lepas, aku masih mengekalkan anak pokok cabai di dalam toilet belakang walaupun pokok sudah mengeluarkan daun seperti aku katakan tadi. Waktu tu dah sebulan lebih usia anak-anak pokok cabai tu.  Aku silap kerana menunggu kononnya pokok akan mengeluarkan daun yang banyak padahal anak-anak pokok tu masih diletakkan di tempat sama iaitu di toilet belakang. Hasilnya, anak pokok cabai aku mati kerana tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Ini pada pendapat aku lah.. Jadi kali ni, tanpa membuang masa sebaik teringat tentang perkara penting ni, aku terus pindahkan anak-anak pokok ke bahagian luar rumah. 


Aku pindahkan anak pokok ke dalam pasu cawan aiskrim yang aku kumpul. Guna apa yang ada dulu. Aku pindahkan anak-anak pokok pada waktu petang selepas pukul 6 sebagaimana nasihat pakar pertanian. Selain ikut nasihat pakar pertanian, aku sendiri suka buat apa-apa kerja di luar rumah pada waktu petang sebab angin kuat waktu tu. Jadi ngam sangatlah. Ake letakkan anak pokok cabai di bahagian teras rumah walaupun teras rumah agak sempit. Sebab anak pokok tidak boleh terkena sinaran matahari yang terik. Ini yang aku baca lah. Jadi aku praktikkan dengan penuh tawakkal. Sungguh-sungguh tawakal kali ni. Aku berharap sangat-sangat agar aku dapat memperbaiki kesilapan lalu.. dan berharap agar kali ni tanaman pokok cabai aku berhasil. Maksud aku, pokok cabai berbuah. Baru tambah seronok, kan? 



4 ulasan:

  1. Abah SA pun tengah semai pokok cili...separuh dah alihkan...separuh lagi masih blom alih..nak pi cari pasu dan jugak nak pi beli tanah..almaklumlah..duk taman man ada tanah nak bercucuk tanam kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah macam saya, nak beli tanah pun modal juga. tapi duit kalau tak buat tanam-tanam pokok pun habis juga hihi.. Jadi baik tanam sahaja pokok kan.

      Padam
  2. Semoga menjadi dan berhasil tanamannya nanti

    BalasPadam
  3. Aamiiiiin.. tengkiu pakcik.

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.