Ads Top

Ayam masak lomak cili padi

 Aku dengan Negeri Sembilan memang tak dapat dipisahkan lagi.  


Resepi ayam masak lemak cili padi


Semasa menetap di Selangor dulu, kami (aku dengan member aku, Yanti) suka plan macam-macam untuk aktiviti hujung minggu kami.  Maklumlah, orang bujang kan.. jadi banyak masa kami plan untuk explore berdua. Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergi 'berjalan jauh-jauh' tu selalunya last minit punya plan. Malam ni plan, esoknya terus jadi. Manakala aktiviti yang melibatkan 'berjalan dekat-dekat' selalunya dalam seminggu punya plan.. terbalik pulak kan.. kahkah!


Kami pernah 'berjalan jauh-jauh' dari Selangor ke Port Dickson dengan menaiki kenderaan awam sahaja.  Kalau tahun 2005 memang dengar macam jauh Selangor - PD sebab belum ada waze manakala internet bukan di hujung jari macam sekarang semua info boleh dapat dengan mudah. Nak ke PD pun kami main redah saja. Naik bas dari KL ke Seremban, dari Seremban ke PD, dari PD naik teksi ke Teluk Kemang. Pergi satu hari balik hari.. all in one day. Semuanya bermula dengan keinginan nak mandi laut di Port Dickson. Member Yanti kalau tak silap, nama Amaludin kot ada share informasi berguna untuk kami.. amaludin bagitau yang Port Dickson tu pekan.. jadi dia bagitau kalau nak mandi main jetski semua tu kami kena pergi ke Teluk Kemang. Alhamdulillah berkat perkongsian dari Amaludin, kami merasa naik jet ski dan kami pernah merasa terjatuh dari jet ski ke dalam laut hahaha.. alhamdulillah panjang umur timbul balik berkat pakai safety jacket..huhu.. 


Malam tu kami berdua balik KL naik bas. Dua-dua tido terlentok-lentok haha.. mata dah rabakkk.. letih mandi laut baqhang! Kena tidur kalau tak, nanti dah sampai KL mengantuk pulak.. Precious moment! Bila diingat balik, kenapalah kami tak terfikir langsung hendak checkin hotel barang 1 malam, kan? mesti lagi seronok! Banyak lagi kenangan aku dengan Negeri Sembilan yang best-best. Tapi sekarang aku nak share resepi Ayam Masak Lomak Cili Padi. In shaa Allah sedap. Jom cuba resepi ni.


dada
Masak Lomak Ayam sebelum dimasukkan santan.



AYAM MASAK LOMAK CILI PADI


BAHAN A ~ Bahan Direbus

Setengah ekor Ayam
1 keping ~ Asam keping
1 batang kecil ~ Kulit Kayu Manis

Mula-mula masukkan Ayam dengan Asam Keping dalam periuk dan tutup periuk sampai air ayam keluar agak banyak. Baru masukkan Kulit Kayu Manis. Tunggu sampai mendidih. Sementara mendidih, siapkan bahan tumbuk.


BAHAN B ~ Bahan Ditumbuk 

7 tangkai ~ Cili Padi
3 inci  ~ Kunyit Hidup
1.5 inci ~ Halia
1 biji ~ Bawang Merah India
2 ulas ~ Bawang Putih
1 sudu makan ~ Jintan Manis
1/2 sudu makan ~ Jintan Putih


Bahan Lain 

1 cawan ~ Air
1 batang ~ Serai (dititik/ketuk)
1 helai ~ Daun Kunyit (buang urat tengah)
1 kotak ~ Santan Kara
1 kiub ~ Pati Ayam
1 sudu teh ~ Garam 
1 sudu (tak penuh) ~ Gula



1. Masukkan bahan yang telah ditumbuk (Bahan B) ke dalam periuk bersama-sama sebatang serai yang dititik, daun kunyit dan secawan air. Kacau/seratakan kuah dan tunggu mendidih.


2. Masukkan Pati Ayam, Santan, Gula dan Garam. Tunggu mendidih sekejap. Siap.



2 ulasan:

  1. Selalulah juga ngadap masak lemak ayam cili padi ni

    BalasPadam
  2. wahhh sorgaa.. mesti sedap ayam masakan istri pakcik

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.