Kek Coklat
Kek coklat sukatan cawan.
Cawan yang aku guna buat kek coklat ni BUKAN cawan metrik tu.. tapi cawan minum teh waktu sarapan pagi-pagi tu sahaja. Cawan tu pun aku dapat sebab hadiah kahwin.. ada lah sampai 4 set atau lebih aku tak ingat.. ala yang dapat sekali pinggan pelbagai saiz tu lah.. Seronok sangat sebab aku tahu hadiah tu bukan murah. Aku sampai hari ni tak membeli set cawan dan pinggan mahal-mahal tu, bukan sebab tak minat tapi sebab belum berkemampuan dan sebab aku tak pergi Langkawi lagi.. eh tiberr
Berbalik kepada cawan metrik, sebenarnya aku bukan tak mahu beli cawan metrik, tapi sebab aku tak reti nak guna. Disebabkan kek coklat aku sentiasa 'jadi' walaupun guna cawan minum teh tu, jadi bertambah malas la nak beli cawan metrik khas untuk buat kek huhuu..
Sebenarnya buat kek-kek ni bagus untuk nak challenge kemampuan diri kita. Bukan kek coklat sahaja, tapi kek-kek lain juga. Kita boleh challenge diri kita untuk cuba buat topping yang lawa-lawa, buat kek tu jadi layer-layer ke.. letak deko pelik-pelik dll.. Begitu juga kita boleh challenge diri kita untuk cuba buat kek viral dan deko macam kedai..
Tapi kek-kek viral ni bukan sahaja bahan-bahan dia mahal nak beli, tapi kadang-kadang peralatan yang diperlukan untuk membuat kek tu pun boleh tahan jugak kan. Jadi sebagai permulaan/beginner boleh buat macam aku, try je buat kek 'plain' macam kek pandan tu dulu.. (tak habis-habis kek pandan),, kek oren, kek butter, kek marble nanti menyusul.. kek jenis ni pun tak lapuk dek zaman dan kita pun akan makan kek ni bila dah makin bertambah umur nanti kan.. betul tak? takkan dah tua nanti nak makan kek coklat moist lagi buat stok dalam peti sejuk...
Buat kek ni bagus sebenarnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan apatah lagi kita ni orang perempuan. Apa pun, paling basic kita boleh mula atau start belajar memasak apa yang anak-anak kita suka makan.
Macam aku buat kek coklat asalnya bukan sebab nak challenge diri sendiri, tapi sebab aku suka makan dan anak-anak aku pun suka makan kek ni. Jadi bila anak-anak dah suka makan, maka aku kenalah belajar buat. Sebab bila anak-anak cakap sahaja keinginan dorang nak makan kek coklat, bolehlah terus buat kalau telur ada. Dulu masa sebelum ada anak, jangankan nak ada loyang kek, mixer, pengukus, serbuk penaik, serbuk coklat bagai,, tepung gandum pun aku takda kahkah.. roti gardenia pun payah nak habis...
Sekarang ni, semua bahan-bahan tu senantiasa ada sahaja dalam dapur. Dulu kalau nak buat kek coklat, kena pergi cari serbuk coklat, soda bicarbonat dll... padahal benda tu basic sahaja. Maksud aku, nak buat baru pergi cari. Mungkin In shaa Allah satu hari nanti, bahan-bahan macam whipping cream, cream cheese, cream of tartar dan sebagainya tu pulak akan menjadi bahan yang biasa dan tak 'rare' lagi dilihat dalam dapur aku mana tahu kan..
Sebenarnya aku nak habaq, kalau anak-anak teringin nak makan kek coklat, boleh lah makan banyak sampai puas. Sebabnya kalau beli.. sorang sebekas mana cukup!
Sekian.
RESEPI KEK COKLAT
wahh ., kek cokelat gebus nih., sedapp ;p
BalasPadamalhamdulillah lepas la nak makan.. hihi
PadamSedap nak nampak moist Sgt..
BalasPadamlagi moist kalau lepas keluarkan dari peti sejuk hihi
PadamSenang guna sykatan cawan aje.. tq for sharing resepu
BalasPadam