Ads Top

Trim daun akhirnya pokok cabai merah berbuah


Ada yang panggil cabai merah...  ada yang panggil cili merah...

apa sahaja namamu... yang pasti pokok cabai merah sudah berbuah hehehe

Alhamdulillah


 

Hasil trim daun akhirnya pokok cili merah sudah berbuah
hasil tanaman Unaizah San hehehe




Pokok ni aku trim buang daun-daun dia yang di bahagian bawah pokok. Aku hanya tinggalkan sikiiit sahaja daun di bahagian atas pokok. Adalah dalam lebih kurang 10 helai daun huhu..                 Manakala pucuk-pucuk daun semua aku buang.  Sayang sangattt masa mula-mula nak gunting buang pucuk-pucuk tu sebab pokok ni kan sihat.. daun dia pun cantik menghijau.. Tapi bila dah start gunting, rasa seronok pulak haha.. macam ketagih pulak nak gunting daun-daun dan pucuk-pucuk tu huhu.. sampai tinggal sikit daun dia ngee. Tapi mujurlah tak lama selepas tu walaupun daun pokok cabai merah ni sudah tinggal sikit tapi pokok mula keluarkan kudup bunga. Dan start berbuah. Seriau dan risau jugak tu kalau-kalau pokok mati ka apa kan...



Cabai merah ni sekejap sahaja dia membesar. Dalam seminggu atau 10 hari kalau tak silap aku, cepat sahaja nampak perkembangan saiz cabai merah ni. Aku sendiri terkejut. Semasa buah dia saiz macam cabai melaka (cili siam), aku risau jugak takut nanti suami aku pergi petik buat sambal belacan pulak sebab kebetulan cabai melaka memang dah habis, tinggal cabai merah sahaja dalam peti sejuk. Tak berapa hari kemudian bila saiz berubah dengan cepat, barulah lega sikit.



perkembangan cili merah mulai berbunga hingga berbuah



Buat masa ni, hanya dua pasu ni sahaja yang ada buah. Pokok dalam pasu ni pula, saiz belum tinggi macam pokok tadi tu, tapi aku tengok dia dah keluarkan kudup bunga. Tak lama selepas tu berbunga dan sekarang sudah ada 2 cabai merah yang pokok ni dah hasilkan. 



Untuk pokok ni, aku ada trim jugak daun dia, buang daun dan pucuk-pucuk baru... 
Tapi aku tak gamak pulak nak trim buang daun-daun dia banyak-banyak sampai tinggal sikit macam pokok tadi tu sebab saiz pokok ni kecik.. aku cuma berani buang 3-4 helai daun sahaja.. pucuk pun mungkin 1 sahaja.. Entahlah.. Dan kebanyakan pokok-pokok cabai yang belum mencapai saiz dan ketinggian pokok macam pokok atas tadi tu macam dalam gambar yang akan aku kongsikan di bawah ni semuanya aku tak confident nak trim daun dan pucuk dia.. Macam pokok tadi tu aku memang konfiden la jugak nak trim buang banyak-banyak daun dia sebab pokok dah besar, tinggi dan tegap walaupun aku letak pancang uhuk-uhuk. Adakah itu penyebab cuma 2 biji cabai merah sahaja yang berjaya dihasilkan bagi pokok ni? atau memang hasilnya sedikit sebab pokoknya masih kecik? wallahualam. 




Sekarang buah-buah cabai merah ni berwarna hijau, jadi aku kena tunggu sampai dia jadi merah lah kot baru boleh petik? betui dakk.. sebab ni cabai merah bukannya cabai hijau.. tapi soalan aku adakah cabai merah tu adalah sebenarnya berasal dari cabai hijau? argghhhh.. tunggu jelah sampai dia merah di pokok nanti aku petik sajalah.. buat apa susah-susah dok pikiq adoii laa.. nanti rajin aku google.. kalau rajinnn.. 



Mai la aku tunjukkan beberapa lagi pokok cabai merah yang sudah mula mengeluarkan kudup bunga dan ada yang sudah pun berbunga pagi tadi. Kudup bunga yang aku maksudkan tu yang bentuk macam loceng tu. Jom tengok..




perkembangan cili merah mulai berbunga hingga berbuah
loceng putih yang menawan.. 
kehadiran yang sudah dijangka. 
Alhamdulillah, lepas luruh bunga putih tu, nampaklah buah dia..



perkembangan cili merah mulai berbunga hingga berbuah
masa ni loceng masih berwarna hijau. 
Lepas 2-3 hari barulah jadi loceng putih macam gambar atas tadi.. 
bila nampak loceng hijau ni memang lebih menggembirakan dan menyeronokkan berbanding nampak loceng putih.. sebab itu pokok sudah hendak berbuah hehe..




trim daun akhirnya pokok cabai merah dah berbuah




*close up 

trim daun akhirnya pokok cabai merah dah berbuah




trim daun akhirnya pokok cabai merah dah berbuah
lepas bunga luruh, nampaklah cabai merah di situ.. 
gambar ni lepas 3-4 hari bunga luruh..



trim daun akhirnya pokok cabai merah dah berbuah



Alhamdulillah. Jom tanam pokok kawan-kawan.




3 ulasan:

  1. Nampak subur tanaman pokok lada tu

    BalasPadam
  2. Seronok bila dah ada nampak bayang cabai tu. Lepas ni kena rajin trim sikit sikit supaya hidup lebih subur lagi dan tambah baja.

    BalasPadam
  3. Tu diaa meriah cilinya tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.