Mi Udang
Mi ke... Mee Udang?
Sejak dua minggu lepas aku rasa teringin sangat-sangat nak memasak mi atau mee yang versi ada berkuah-kuah ni macam mi bandung atau mi rebus. Sebenarnya aku nak buat Mi Bandung Muar.. Tapi bila ada sahaja mi kuning atau sesetengah tempat panggil mi basah dalam dapur asyik tak jadi pulak mi jenis kuah-kuah tu.. asyik jadi mi gorengggg sahaja.. ishhh tak boleh jadi ni, selagi tak buat selagi tu teringat-ingat..
Sebab apa asyik tak jadi, sebab aku terlalu sangat nak buat ikut sebijik macam resepi asal Mi Bandung Muar. Resepi yang aku maksudkan ni resepi dari Youtube Che Nom. Dalam resepi dia tu ada dimasukkan biskut marie dan kacang tanah. Biskut marie tu bahan rahsia lah. By the way, kacang tanah memang dah ada dalam dapur. Biskut marie yang tak ada. Jadi bila order dekat hubby bila dia pergi kedai, dia memanjang terlupa beli. Aku pulak asyik drive laju je nak balik rumah kalau aku balik kerja. Makanya tak jadi-jadilah mi tu sampai ke hari ni.
Sebenarnya aku dah pernah buat resepi Mi Bandung Muar dari Che Nom ni.. memang sedap dan menjadi. Anak-anak aku pun makan. Itu sebablah bila nak buat lagi aku nak tunggu jugak sampai cukup bahan baru nak buat. Tapi disebabkan dah masuk 2 minggu asyik memikir pasal mi sahaja sebab aku tak buat-buat, maka aku kena buat jugaklah hari ni walaupun tak cukup bahan. Rimas asyik lupa dan asyik pikir pasal mi saja. Just let make it happen right? Jomlah kita buat walaupun biskut marie tak ada.
Disebabkan biskut marie tak ada, dan aku tengah craving nak memasak mi versi berkuah, jadi aku fikir baik aku buat mi lain sahaja lahh.. Jadi cancell la nak buat Mi Bandung Muar. Padahal nak buat Mi Bandung Muar ni boleh sahaja kalau aku skip letak biskut marie.. tapi masa tengah decide tadi tu langsung tak terfikir pulak nak skip letak biskut marie.. tengah menaip post ni baru terfikir.. tapi tak syok pulak kan kalau skip.. hihi.. nanti dicop penderhaka resepi uhuk-uhuk..
Disebabkan dalam peti ais ada udang, jadi malam sebelum tu aku dah keluarkan udang dan terus niat nak masak mi udang esok. Lagi pun aku kena cepat-cepat buat maksud aku tak boleh tangguh-tangguh dah sebab tak mau sayur sawi dalam peti ais tu jadi layu dan kuning. Nak buat lauk sayur makan dengan nasi macam boring pulak hehe.. Daging yang aku dah keluarkan beberapa hari sebelum tu pun dah defrost.. sayang sebab kena bekukan balik takut nanti rosak daging. Kejap keluar kejap masuk peti beku dia pun.. Rasa sayang pulak sebab daging dah ada jadi memang waktu yang sesuai sangat nak buat mi bandung kan.
Takpalah, panjang umur nanti kita buat lagi mi bandung Muar tu. Sekarang ni rezeki Allah nak bagi aku buat Mi Udang. Syukur habis 2 bungkus mi kuning. Sebungkus makan waktu pagi, sebungkus lagi lepas tengah hari. Mungkin sebab cuaca sejuk mendung hujan agaknya jadi laku keras lah. Tips lain aku nak bagi, jangan masak nasi kahkah.. tapi kalau ada nasi pun aku rasa tak anak aku tak makan sangat nasi sebab bau mi udang ni sangat memangil-manggil hehehe
RESEPI MI UDANG | SIMPLE TAPI SEDAP
Mi Kuning.
- macam aku suka mi kuning tu macam kembang sikit je. Aku akan buka bungkusan mi dan basuh dahulu mi kuning tu dalam bekas/bakul berlubang-lubang tu banyak-banyak kali dan tos. Agak-agak kapur dan minyak mi dah hilang baru aku masukkan dalam bekas berisi air mendidih (dah tutup api). Aku akan tinggalkan mi sekejap dalam bekas tu dalam 7-10 minit bagi dia kembang sedikit baru aku toskan mi sebelum menghidang atau makan.
Bahan Bawang (dikisar halus)
1 biji Bawang Besar (saiz besar) - dibelah random
3 ulas Bawang Merah - dibelah
3 ulas Bawang Putih - dibelah
1 sudu makan Udang Kering - direndam supaya lembut
air secukupnya
Bahan Lain
¹/₂ cawan Cili Kering telah dikisar
1 mangkuk Udang
- buang kepala udang sahaja dan rebus sebab kita nak blend kepala udang sampai halus untuk
dijadikan kuah.
- badan udang jangan blend. Letak tepi.
Sawi
- potong dan asingkan batang dan daun.
Cara -cara membuat kuah Mi Udang yang sedap memanggil-manggil
1. Tumis Bahan Bawang sampai harum kemudian masukkan cili kering/kisar.
Tumis sampai pecah/terbit minyak.
2. Masukkan air kepala udang yang di blend tadi (tuang sambil tapis) dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan batang sawi dan masak sampai lembut.
4. Masukkan daun sawi dan udang.
5. Masukkan garam dan gula. Done. Selamat mencuba.
Memang nampak sedap
BalasPadamIn shaa Allah. Tapi ada yang lagi sedap dari ni. Kena cari lagi hihi
PadamSedap. Saya suka mi udang.
BalasPadamfollowed here #28
Terima ksih sudi follow blog ni.
PadamMujur boleh makan udang jadi blh la mkn mi udang, kan
rajin makk.. sedap mi udang banjir tuuh 😅😅
BalasPadamMak malas masak nasi ni hahaha
PadamSedapnya mi udang. Mi bandung muar tu memang sedap. Ikut resipi Che Nom jarang tak sedap. Kena bahan cukup baru lah terasa kesedapannya tu kan.
BalasPadammungkin juga, ada resepi Gulai Ayam Kak Wok saya buat rempah kerutuk (cari merata kedai tak jumpa) ganti dengan serbuk ketumbar. Sedap juga. Kalau kerutuk tak dapat bayang rasa dia kan.
PadamSedapnya Mee udang. Nampak pekat kuahnya
BalasPadam