Ads Top

Last day | Shopping Keropok Losong | Bukit Bunga | Tasik Raban


LAST DAY | PULAU PERHENTIAN

SHOPPING KEROPOK LOSONG | BUKIT BUNGA | TASIK RABAN 


Akhirnya tiba juga di penghujung cerita. Hari ketiga. Last Day. Last Post.

Jom Balikkkk.... tak tahu bila pulak boleh naik bot lagi. Kami bergerak balik daripada Pulau Perhentian ke Kuala Besut lebih kurang jam 12 tengah hari. 


Sebelum bergerak naik kereta, sempat juga kami singgah shopping sekejap dalam kedai-kedai cenderamata yang ada di Kuala Besut. Tak semua kedai cenderamata buka, tapi mujurlah ada juga yang buka. Bolehlah kami cuci mata sekejap dan beli apa-apa yang patut buat kenang-kenangan berada di sini. Semasa di Pulau Perhentian, lepas balik daripada tengok Fire Show, ada 'brother' tu jual kraftangan yang dia buat sendiri daripada benang-benang. Lawa dan unik tapi aku belum mampu nak beli walaupun kagum dengan hasil kerja tangan dia... Jadi, aku decide untuk beli sahaja cenderamata semasa di Kuala Besut nanti. Cenderamata Perhentian hehe..


 Jadi dekat sini aku beli Neck Rest corak turtle satu, Mug Perhentian satu,  2 utas rantai tangan ala-ala underground haha.. dan beberapa utas keychain warna-warni berbentuk penyu.. teringin nak beli t-shirt haritu, tapi memikirkan t-shirt dekat rumah pun dah banyak, jadi tak beli lah t-shirt.


harga tak ingat dah berapa.. mug tu buat perhiasan dalam almari saja. 


Sebelum keluar dari kawasan Jeti Kuala Besut tu, kami cari balik kedai nasi dagang hari tu, tapi nasi dagang dah habis.. ok takpa, kita cari saja kedai nasi campur.. keluar sikit dari area jeti tadi. terbayang-bayang sambal belacan dan lauk-pauk yang sedap dekat kedai tu. Mujur senang sahaja berjumpa dengan kedai makan selera Melayu ni dekat Kuala Besut hihi ..


Cari kedai makan dulu untuk makan tengah hari. Lepas tu kami bergerak cari keropok ikan dan jugak keropok losong. Hanya gambar membeli di kedai menjual keropok losong sahaja yang aku ada.


Update : Kedai keropok ikan yang warna oren tu. Gambar semasa shopping dalam kedai takda huhu.


Shopping keropok losong di Terengganu.
Seronok dan 'ralit' tengok pekerja-pekerja buat keropok losong.
Ada yang rebus, ada yang goreng. Sedap bau keropok losong yang digoreng.. nyum-nyummm




konfirm kena beratur kalau nak beli keropok losong. Kedai pun nampak bersih, cantik dan selesa. Mujurlah pelanggan-pelanggan lain yang datang nak membeli keropok losong semua paham dan elok sahaja pakat-pakat beratur tunggu giliran nak membeli hihi




inilah pelanggan yang beratur nak beli keropok losong terengganu tu..kahkah




hari tu aku beli tak banyak. Lepas ni kalau datang lagi nak beli banyak-banyak. Sedap dan lain sangat rasa keropok losong sini. 



Lepas tu, kami pun terus bergerak balik. 


Dalam perjalanan tu sempat singgah sekejap sahaja di Bukit Bunga untuk membeli sedikit barang buat anak di rumah. Aku beli bantal gambar 'Frozen' sahaja untuk anak aku. Yang lain keropok losong dengan keropok ikan saja lah makan nanti hehe.. Syiha pula beli beras khas untuk buat nasi dagang.. kempunan punya pasal kahkah.  


Cari bantal Frozen di Bukit Bunga.

Dalam perjalanan balik, kami singgah solat di Tasik Raban. Sempat menikmati pemandangan indah dan tenang mendamaikan di sini. Lebih kurang jam 10.30 malam kami sampai rumah aku dulu. Hantar aku dulu. Lepas tu baru hantar Syiha dan Cg.Nana ke Caltex. Kom meneruskan perjalanan ke Perlis. Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik. 



2 ulasan:

  1. Puas ati kan DPT shipping fan jrnjalan. Suka la neck pillow Tu comel.gambar turtle

    BalasPadam
    Balasan
    1. lega jumpa mug, saya suka beli mug hihi

      Padam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.