Bekal ke Pejabat ~ Sosej masak sos
Aku anggap ni rutin aku yang baru. Aku juga anggap rutin baru aku ni adalah terbaik untuk aku mengharung kehidupan sebagai seorang yang masih bekerja office hours. Ini adalah 'new-norm' untuk aku. Dan aku nak normalisasikan norma baharu ni selagi mana aku fikir ia baik untuk aku.. dan yang penting ialah selagi mana ia sesuai bagi diri aku... (cewahh.. skema gila weyy)
Banyak sebab dan alasan serta punca-punca bermulanya rutin baru aku ni.. Nantilah aku ceritakan dalam post akan datang berkaitan resepi kalau ada In shaa Allah. Sekarang aku cuma nak kongsikan resepi Sosej Masak Sos yang mudah, sedap dan cepat disediakan serta murah sahaja kos dia. Resepi aku kongsi ni untuk 2 orang makan sahaja.
RESEPI SOSEJ MASAK SOS
4 batang sosej
- dipotong serong, jangan nipis.
- sosej digoreng dan ketepikan dahulu.
Bahan Tumis
- 1/2 biji Bawang Besar saiz sederhana besar.
- 2 ulas Bawang Putih
- air kosong 1/2 cawan
- sos Cili 1 senduk (kalau guna sos Mudim lagi sesuai)
- sos Tiram 1 senduk
- kicap manis 2 sudu
- gula dan garam
Cara Membuat Sosej Masak Sos Yang Sedap Diratah Juga
1. Bawang digoreng sehingga layu atau jernih dan berbau wangi.
2. Kemudian masukkan air kosong sedikit dan masak sampai mendidih.
3. Kemudian masukkan semua sos dan kicap dan kacau sebentar.
4. Masukkan sosej tadi dan kacau rata. Tunggu mendidih sekejap.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap.
Menu ni sangat sesuai dimasak bila hari malas tiba. Tapi tetap kena masak. Ataupun untuk memberikan sedikit kelainan kepada masakan kita sehari-hari. Iyalah asyik sambal tumis sahaja kan. Sesekali buat masak sos macam ni pun sedap. Macam aku kalau ada sosej aku lebih suka campur dalam masakan sayur kubis. Masak sos ni sebenarnya kurang permintaan dalam family kecik aku. Tapi sekali-sekala layan juga.
Selamat Mencuba!
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.