Ads Top

Trip Ke Zoo Taiping | Kenangan buat anak-anak



Ok jom sambung memahatkan kenangan jalan-jalan ke Zoo Taiping 2022 lagi... 
bismillah..


Melawat Zoo Taiping Cuti Sekolah


Alhamdulillah... perancangan kami adik-beradik untuk bercuti bersama-sama tercapai dengan trip ke Zoo Taiping pada musim cuti sekolah tahun ni. Niat hendak bawa anak-anak ke sini sudah lama ada. Syukur sangat-sangat termakbul juga hasrat nak jalan-jalan dengan semua anak-anak dan kaum keluarga macam ni alhamdulillah. Ini adalah trip pertama kami selepas pandemik. 


Sebenarnya Zoo Taiping ni sudah aku lawati pada tahun 2014 bersama-sama dengan anak aku yang sulung kerana kami turut serta dalam rombongan Pra Sekolah hihi. Zoo Taiping juga aku sudah lawati bersama-sama dengan adik-beradik aku, mak abah, mak-mak saudara dan juga sepupu-sepupu aku semasa kami semua masih bersekolah rendah.. err silap-silap masa aku belum sekolah lagi apa.. haha.. 


jadi Zoo Taiping ni sebenarnya ada 'sentimental value' sikit bagi diri aku... 
macam 'a must place to visit' gitu... Untuk trip ini kami tak ambil tiket Night Safari. Hanya tiket biasa iaitu lawatan waktu siang. Kami sampai pukul 11 pagi. Aku bertolak dari rumah pukul 7 pagi sebab tak mahu terlepas 'feeding time'.

Main Entrance ~

Masuk pintu gerbang ni lepas tu bolehlah beli tiket masuk ke dalam zoo...
Entrance kedua dekat abang yang pakai baju kelabu tu yang dekat bumbung genting oren berdekatan signboard merah tu... Elok masuk je situ ada port ambil gambar berbayar punya tu. Sesiapa yang berminat tu bolehlah tangkap gambar dekat situ dengan background kartun-kartun haiwan. Sekeping RM30 seingat aku. Boleh pilih 1 background daripada 3 background kartun-kartun haiwan tu. 



Tiket masuk Zoo Taiping.
Harga terkini tiket ni boleh tengok dekat Website Zoo Taiping. 
Harap-harap masih sama la kan atau pun dipermurahkan lagi hihi.. caj aku masuk hari tu RM72 untuk kami 6 beranak.. anak aku paling kecik umur 5 tahun. Paling besar umur 14 tahun.


Melawat Zoo Taiping Cuti Sekolah
Jom group picture satuuuuu sebelum masuk...


Elok sahaja kami melepasi port bergambar tadi nampak ramai orang tengah beratur. Baru aku teringat yang diorang mesti tengah beratur menunggu keretapi untuk bersiar-siar kat dalam ni. Tapi kami cadang untuk berjalan kaki sahaja di dalam Zoo Taiping ni sebab cuacanya elok, redup dengan pokok-pokok besar tu, sepanjang dekat dalam zoo ni rasa sejuk... sangat-sangat cozy... best sangat! 


Nampak tak betapa redupnya Zoo Taiping ni bayangkan ditambah pula dengan bunyi-bunyi haiwan bergema di dalam rimba buatan manusia ni.. Lagipun aku fikir rasanya pasti lebih seronok kalau jalan-jalan dekat dalam zoo ni. Biar anak-anak berlari-lari, berjalan-jalan dan ofkos lebih senang kalau kami nak berhenti-henti untuk bergambar nanti. Boleh tengok haiwan dekat dalam tu puas-puas. Just take our time.. chill-chill.. lek-lek hehe..


Inilah keretapi yang aku cakap tadi tu. 


Aku ada jugak bercadang nak naik keretapi ni bila dah selesai ronda jalan kaki kan.. tapi akhirnya kami tak naik pun.. kami berjalan saja sampai habis pusing satu zoo dan lepas tu kami lepak-lepak dulu makan aiskrim yang ada dijual dekat dalam tu sambil layan tengok kura-kura besar. Sebab kebetulan pulak hujan sebaik sahaja semasa kami tengah makan aiskrim. Jadi cancell sahaja niat nak naik keretapi pulak. 


Untuk makluman kalau nak naik, tiket cuma RM2 sekepala dan beraturlah tunggu giliran sampai. Sepanjang kami dekat dalam tu, sambil berjalan-jalan tu ada laa beberapa kali jugak terserempak dengan keretapi persiaran ni.. budak-budak ni takda pulak sibuk cakap kot-kot teringin nak naik.. 



                    





adik-adikku... 


anak saudara baru lahir tahun ni.. budak bertuah hihi..


ternampak saja tali jut ni terus teringat kemunculan tali umpama tali gantung betul-betul depan skrin kamera aku sewaktu lawatan ke Gua Kelam lebih kurang 20 tahun lepas. Masa tangkap gambar memang tak ada apa-apa tali jut pun depan muka mak saudara aku tu, tapi apabila dah dicuci kodak tu terkejut besar nampak tali gantung betul-betul di depan muka mak saudara aku tu. Allah.. mujurlah tak ada apa-apa perkara aneh pun berlaku selepas tu.. Kali ni dalam zoo ni tali jut ni muncul betul-betul jadi tak adalah takut sangat.. lagipun bukan bentuk macam tali gantung pun.. syukur... selamat... inshaAllah...


sangatttt redup....




tangkap gambar buaya... besar jugak tu.. tapi lagi besar buaya dekat Taman Ular, Perlis.
Tapi... kalau terjumpa benda alah ni mahunya lari tak cukup tanah nie.. minta dijauuuuuhkan amin..
Semasa kami dekat kandang kurungan sang bedal ni kan, tetiba kami teringat yang buaya juga boleh memanjat pokok.. adoiiilaa takuiiitt la pulak...


 dekat dalam zoo ni beberapa kali kami terserempak dengan monyet atau kera yang berada di atas jalan tar ni.. tapi kami jalan buat tak tahu sahaja.. tapi cepat-cepat sikit la jalan tu kan.. risau lak.. mujur kami tak bawa bungkusan makanan atau kekacang kalau tak aku rasa mungkin dah lama kami kena kepung dengan dorang hahaha



budak-budak ni la alasan utama kami buat trip ke Zoo Taiping..
teringin nak tengok depa excited tengok haiwan-haiwan, kenal haiwan, sayangkan flora dan fauna..
yang lebih penting lagi sayang sesama adik-beradik..





















Secawan RM6 ais krim dengan topping buah-bahan. Aiskrim ni adik ipar aku Faizal belanja group kami. Moga terus dilimpahkan rezeki dan kesihatan buat Faizal dan Adik Pizah.. Amin. 


















Group foto sebelum balik... 


Alhamdulillah.. trip kami selesai jam 2 petang. Satu lagi kenangan terindah buat kami semua terpahat di Zoo Taiping, Taiping Perak. Life is Short guys. Jom kita cipta memori yang indah-indah lagi dan lagi bersama-sama adik-beradik kita. Yang penting trip kali ni menjadi kenangan terindah untuk anak-anak.. inshaaAllah.


 Lepas keluar dari zoo kami terus cari kedai makan nasi campur. Ikutkan hati nak makan ikan bakar dekat Restoran Wan Ikan Bakar, Kamunting. Tapi disebabkan hujan dan sudah lewat rasa-rasanya lauk pun dah tak banyak yang tinggal sekarang jadi kami buat keputusan untuk makan di kedai nasi campur berdekatan traficc light berdekatan penjara Taiping sahaja. 




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.