Kereta semakin bising bila memecut
Sejak seminggu yang lalu terasa tak seronok memandu kereta. Bila tekan minyak aje kereta berbunyi dengan sangat kuat. Malah bila ditekan minyak sebab nak memotong atau memecut terutamanya, maka semakin kuat pula bunyi dia. Jadi aku sangkakan pasti bunyi yang kuat tu ada berkaitan dengan ekzos kereta ni ditambah pula bunyi tu datangnya dari arah belakang berhampiran ekzos. Lagipun kereta aku sudah pernah ditukar ekzos sebanyak dua kali. Pertama kali semasa kami masih tinggal di Balik Pulau. Kali kedua pula bila aku sudah pun menjadi warga Sungai Petani. Bab tukar ekzos di Sungai Petani ada aku ceritakan di dalam blog ni. Boleh KLIK LINK NI kalau nak baca dan nak tahu kedai dekat mana.
Semalam semasa memandu semasa mahu hantar anak ke asrama selepas bercuti Maulud Nabi, waktu ni suami aku ikut sekali jadi bolehlah aku tanya pendapat dia pula. Pendapat dia lain pula daripada aku. Dia berpendapat bahawa bunyi tersebut datangnya daripada bahagian tayar. Namun dia tak menolak juga kalau ekzos memang ada masalah juga. Sepanjang minggu lepas aku ada juga cari jawapan dekat internet. Ada yang kata kemungkinan drive shaft rosak. Ada juga yang kata kemungkinan absorber dah kena tukar. Sebenarnya memang aku ada dengar juga macam ada bunyi sewaktu membelok kereta. Aduhhh... kena bawak kereta pergi bengkellah jawabnya untuk kenalpasti apa masalah dia bila tekan minyak kereta semakin kuat pula bunyi bising berdengung tu..
Namun nak memastikan bengkel mana tu bukanlah senang juga tau tak?
haha.. risau pulak aku kalau hantar ke bengkel pomen nanti lain pula yang didiagnosnya.. kalau duit tengah banyak ni takda hal.. ni masalah bila duit tak banyak pun huhu.. Kalau duit banyak diagnos sajalah.. nak tukar, tukar sajalah... betul tak? Tapi ni cerita pasal duit tak banyak la.. Jadi sejak semalam aku bercadang untuk hantar sama ada kedai ekzos atau kedai tayar..
Pasal tayar pula, ia masih boleh digunakan lagi. Cuma tayar kereta tak sama tinggi jelah.. Lepas tukar alatan tu, alhamdulillah sudah tak dengar bunyi bising lagi bila kereta aku bila memecut. Semoga post ni bermanfaat.
TOTAL COST RM165
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.