Ads Top

Pizza Hut ❤️ Farewell



Sebelum aku sambung post pasal Trip Taiping, biar aku ceritakan dulu projek makan-makan unit kami buat baru-baru ni sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terkira buat Ketua Seksyen yang telah mendapat arahan bertukar ke JPM, Putrajaya. Jom layan gambar makan-makan.



~ Monday, 12 Sept 2022 ~


Buat julung kalinya Unit kami buat Farewell di Pizza Hut, Prangin Mal Penang.
Julung kalinya sejak aku masuk unit ni la.. Sebelum-sebelum ni mana aku tahuuu huhu..



Sebelum ini kalau ada projek makan-makan sahaja mesti perancangannya ke Kenny Rogers, SKSK Restaurant, St. Giles Wembley Hotel, Jenn Hotel, Nana Tomyam dan banyak lagi restaurant sekitar Georgetown.  Kali ini pun kebetulan St.Giles Wembley dan juga Halab Restaurant yang dirancangkan tak 'available' pada tarikh tersebut. Sudah rezeki kami agaknya hari tu makan di Pizza Hut. Okay apa.. Sebenarnya aku pun dah jemu asyik makan di hotel saja. Macam Pizza ni jarang-jarang aku pergi sebab anak-anak lebih suka KFC. So bila tahu makan di Pizza Hut saja, memang aku happy lah dan rasa bersyukur jugaklah hehe.. Kalau buat majlis dekat KFC pun aku Okay jugak..





LOOOOOOOOOOOOOOOOG Pizza...... yummy!


Kami order 3 jenis pizza sahaja bersama minuman Teh O Ais Lemon berpudina.
Sedap sangat teh o ais lemon tu aka ice lemon tea. Pizza pun sedap sebab dah lama tak makan kot ngee... Aku pujii betul pizza kat sini, bahagian crust dia tu sedap.. fresh je rasa.. Tapi sedap macammana pun, hari tu aku just mampu makan 2 keping pizza sahaja. Teringin nak try ayam madu dia tapi aku tolak bagi dekat member saja sebab perut dah tak boleh masuk. Kalau dah kenyang nanti masakan yang sedap pun nantinya terasa tak sedap.. rugi-rugi..kan.. baik bagi orang lain jelah yang masih lapar atau ada lagi rasa nak makan tu makan kan? Mushroom soup pun makan tak habis sebab tak berapa sedap ikut selera aku. Minuman? konfirm....habis! hehe



tengok Ice Lemon Tea ni kan buat aku rasa macam nak pergi lagi dekat sini ~














 

2 ulasan:

  1. tu diaa puas hati 1 meter pizza

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun baru 1st time makan dalam pek panjangggg macam ni hihi

      Padam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.