Ads Top



BBQ malam raya kedua.


Sampai rumah mak lebih kurang pukul 6.30 petang pada hari raya kedua. Malam tu abang aku dah gerak balik ijok beraya di kampung halaman wife dia pulak. Adik aku yang beraya di rumah mertua dia raya pertama dan kedua pulak dah sampai rumah mak kami petang tadi.


Sembang-sembang dengan adik aku, dia dah kena keja hari raya keempat. So, hari ni dengan esok je dia ada. Esok petang raya ketiga dah nak balik umah. 


Mulanya mak aku cadang nak buat open house hari raya ketiga macam tahun lepas. Tahun lepas buat raya ketiga malam. Meriah. Best. Banyak masa nak prepare juadah siang tu.. Aku sponsor laksam. Kakak ipar sponsor laksa. Adik-adik aku lak sponsor ayam daging sosej dengan sos bagai untuk BBQ. Pukul 830 malam lagi tetamu jemputan dan jiran-jiran dah datang rumah. Makngah, Makteh, Makcik dengan anak-anak iaitu sepupu sepapat kami semua sampai pukul 230pagi baru balik. Jenuh bersembang.. hehe.. Memang meriah dengan gelak ketawa 😊


Tapi tahun ni ramai takda dah malam esok, jadi kami tak jadi nak buat open house bakar BBQ macam tahun lepas. Adik aku terus ajak kami buat BBQ malam ni je. Mak aku tak setuju buat malam ni sebab adik-beradik dia ramai yang takda.. So kami cadang dia buat bihun sup untuk esok.



Malam tu jugak beli ayam. Malam tu jugak perap.
Malam tu jugak buat BBQ! Dua kali trip besen ni. 
Mana tak 2 besen, dah itu je yang kami buat.



Adik aku dengan anak buah yang buat keja bakar2 ni. 
Tahun lepas adik ipar aku yang jadi tukang bakar.
Aku, husben, adik dengan adik ipar aku duduk dekat-dekat situ je sambil berborak... 



Bekas tukang bakar BBQ tahun lepas.



Semua peha.
Wing ke dada ke dah habis orang lain borong.
Tapi mujur ada jugak. Boleh BBQ malam ni.


Buat BBQ ni dah jadi macam kemestian pulak tiap kali raya 😃 . Mak aku lak dah buat awning dengan pelantar kat sini, memang syok je la kami lepak sini sambil layan udara sejuk malam-malam sambil buat BBQ ni. 


Ok. Tu je nak update. 
Harap korang tak boring la asyik entri raya je aku up sekarang ni. 
Modal ni je buat masa ni. Hehe.. 


Ok. Till then. Bye2... 



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.