Entri Raya 2017 ~ Pelita Raya
Pelita raya menuju ke rumah ayah bonda tercinta...
Nak show off sikit pelita raya kami.. hehe..
Pelita raya ni pasang 2 hari sebelum raya.
Credit kat adik ipar aku Faizal aka Paksu yang gigih pasang pelita di sepanjang jalan utama menuju rumah bonda kami.. maka meriahlah suasana hari raya di rumah bonda kami 😘😊
Mentang-mentanglah raya kan...
tetiba perkataan bonda.. kampung halaman.. semua keluar kekeke..
Ok sambung balik.
Pelita raya ni tak guna minyak tanah macam zaman aku kecik2 dulu.
Paksu dia guna minyak Diesel 😅
Alasan dia memang win!
minyak tanah dah susah nak jumpa.
Tak kisahlah...
janji pelita tu menyala ahaha...
2 beradik ni anak abang aku dah rasmi pelita ni.
Main bunga api pastu Paksu dia layoq dalam grup..
nak bagi aku jealouss la tuew cisss 3x...
Haitu 2 hari sebelum raya; hari Jumaat husben ada singgah kat umah baru kami. Saja lah singgah katanya. Dia ada snap gambar rumah kami tu waktu malam.
Teruja pulak aku tengok.
Terbayang-bayang mentol lampu merah biru kuning hijau jingga menyala silih berganti menjelang raya di rumah kami nanti.
Hahaha...poyo je...
sebelum duduk macam-macam plan.. excited kehkeh!
Harap-harap bila dah duduk nanti semua plan tu aku buat laa.
Buat pelan2. Tiap2 bulan kumpul duit gaji. Dah cukup, buat satu-satu..
Cantik pulak tengok warna langit....
Ohhoii rindu gile kat rumah ni!
Tak sabar nak duduk dah ni...
Ok tu jelah untuk harini.
Besok-besok update lagi.
Assalam. 😁
*layoq = tayang
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.