Entri Raya 2017 ~ Persiapan Sambut Raya
Entri pendek. Sila baca dengan teliti. Muahaha...
Tahun ni persiapan raya ala kadar je..
Seminggu lebih sebelum raya bawak anak-anak shopping baju kurung dan baju melayu dorang kat area Jam Besar. Baju dengan seluar jalan-jalan pulak beli kat Pasaraya Billion Pekan Baru. Dua - dua beli hari yang sama. 😊
Persiapan raya adik aku meriah tahun ni.
Meriah bukan sebab apa, tahun ni dia agak 'rajin' buat kuih raya...
bukan satu, tapi 3 jenis. Setiap satu ada 2 balang, ada 3 balang...
Bahan - bahan kuih yang adik aku sent kat grup wasap family kami.
Mak dengan adik aku yang sorang lagi pun tak duduk saja jugak. Dorang pun buat kuih raya.. tapi satu je gambar kuih yang dia post kat grup..
Kuih raya buatan sendiri tahun ni.
Yang pakai acuan tu mak aku buat. Yang takde acuan tu adik aku buat.
Selain tu, adik-adikku jugak pakai inai.
Dulu kami suka jugak pakai inai time 2 hari sebelum raya. Minta daun inai kat jiran. Malam lepas terawikh tumbuk inai dan pakai. Aku tolong kau, kau tolong aku pulak balut inai kat jari.
Tapi sekarang zaman dah moden, inai boleh beli kat kedai. Banyak yang jual. Nak lagi canggih, pakai inai dengan design yang berkenan di hati tu terus kat kedai! Macam adik aku buat ni hehe..
Ok. Tu jelah yang aku nak update haini.
Esok-esok update lain. Hehehe..
tata...
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.