Pengalaman 1st Time Guna Grabcar Services...
Alhamdulillah.
Dah sampai hotel dituju 😊
Hari ni 1st time aku guna Grabcar.
Sampai je Hentian Duta tadi, terus on mobile data dan search Grabcar. Dalam 10 minit tak sampai pun, Grabcar tu sampai... aku naik Toyota Vios. Pemandu seorang lelaki cina. Muda lagi.
Tak pasti lak nak guna apps ni kena on mobile data
or tak perlu.. aku rasa macam perlu jerr.. aku on..
Tapi aku tak le naik keta kat Platform 2 tu, sebab keta tak boleh masuk. Teksi boleh. Aku kena jalan ke pintu masuk Hentian Duta ni.. dekat kedai makan banyak-banyak tu lah... Grabcar tunggu kat situ..
Dari Hentian Duta ke hotel aku menginap sekarang ni total out kena bayar RM19.50. Ikut fare dalam Grabcar Apps cuma RM17. Tapi disebabkan jalan nak ke hotel aku ni ada masuk tol RM2.50, so kenalah bayar RM19.50...
Aku sampai hotel lebih kurang pukul 3.15pm. Lepas dah masuk bilik, dapat mesej dari grab suruh rate diorang punye service.. aku perasan mesej ni lepas dah siap landing, tukar baju, simpan barang bagai... hehe..
Alhamdulillah.
Dapat la sikit info pasal grab... Pemandu pun takdelah ramah sangat kang aku lak rimas.. tapi nampaklah macam dia nak ajak aku bersembang sebab senyap je dalam keta tu kan.. 😂 mula dia tanya 'orang KL ke?' Pastu start le sembang...
Pemandu ni mahu jugak berkongsi the beauty of the Grabcar business ni dengan customer pompuan seperti aku lepas aku tanya dia 'Part Time ke Fulltime' bawak grab kan.. sembang bab bisnes dalam keta ni tetiba jadi rancak lak.. tak perasan rupanya dah sampai depan hotel! Hehehe.. Bolehlah sharing-sharing kat sini nanti dalam entri lain. InshaaAllah...
Now aku tengah tunggu roommate dari Perlis.
Ada 4 orang lagi bersama aku kat hotel ni. Aku tolong book bilik semalam. Tapi at the moment, dorang masih belum sampai lagi sebab ets koi 3.45pm.. member aku plan malam ni nak gi cari makan kat area situ... aku dah lapar ni.. tadi singgah duta terlupa terus nak makan sebab ingat kat grab jerr huhu.. tiket bas pun lupa nak beli! 😣
Ok. Sampai sini dulu.
Esok aku dah start bengkel. Tengok lah kot2 rajin aku update story lagi malam ni. In shaa Allah.
Bye! 😘😍😊
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.