Ads Top


Ok... 
Nak story lagi kenangan Open House kat opis aku minggu lepas. Hari ni genap seminggu dah majlis makan-makan tu berlalu.. Sekarang pun dah masuk 3 Zulkaedah.. mood nak up story pun dah ke laut dah ni..  tapi kena up jugak, nanti bila dah posting tempat keja ke, boleh baca balik kenangan sepanjang di sini 😊




Akhirnya....




Hehe... rasa puas hati dapat snap gambar sate.. 
Memanjang jerrr entri raya aku takde gambar sate display kat booth sebab dah habis.. makanya, bila buat Open House kat opis sendiri, memang wajiblah aku snap. barulah ada gambar sate. happy jerr rasa... huhu..


Sate ni dekat sebelah kanan booth aku. 
Selain sate, booth kanan ni ada lontong jugak.


Lontong sedap... 
Kuah panas dan digukan dengan nasi impit dan sambal ikan bilis.. yummy... 


Booth aku kat tengah-tengah antara sate/lontong dengan booth ketupat/lemang dan rendang. Kalau pergi menziarah raya rumah orang, lemang takpun ketupat tu mesti aku makan punyalah walaupun 10 rumah aku pergi tu setiap satu ada lemang/ketupat ni.. sebab aku suka makan rendang haha.. nak test rendang sama ada dia sedap ke tak hehe.. 


Model ketupat daun palas... hehe


Booth aku ada kerepek/biskut raya dan kek-kek. 
Ada jeruk buah beli kat Penang. Laku cepat sangat jeruk ni. Rojak buah kat sebelah pun kalah 😅 Tak larat nak topup jeruk nih hehe..






Booth aku ada rojak buah jugak. 
Aku just tolong dorang hiris buah tu kecik-kecik je. Lepas tu tengok dorang display rojak tu comel-comel je atas meja.. huhu..


1st round. 


Masa 1st round ni, rojak tu agak ceroi sikit kuah dia sebab masing-masing tak pandai mengagak lagi kot time tu.  Yelah.. kalau taruk banyak nanti tak cukup lak kuah rojak ni hihi



Round entah ke berapa...


Alhamdulillah... 


Ada 2 lagi booth iaitu nasi tomato dan air minuman.
Nasi tomato tu aku tak snap pun. Makan pun tak.. tapi haritu aku just ratah ayam masak merah je.. sedap jugak! hehe


Ok, mata dah mengantuk ni, takut jap lagi aku taip perkataan yang bukan-bukan lak hehe..😅 Ok tu jelah aku nak update. Hope korang sudikanlah share post aku... 😊😙😗 


Ok. BYE2..



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.