Makan Durian
31 Julai 2018 Selasa
Makan durian ramai-ramai di kem sempena lawatan Pengarah Negeri yang baru.
Tahun ni durian sangat menjadi.
Alhamdulillah tahun ni boleh dikatakan tahun yang paling banyak kami dapat makan durian yang terdapat di dalam kem. Tahun ni boleh dikatakan semua pokok aku dah merasa. Bukan aku saja yang cakap macam ni, malah ofismate aku pun ramai yang cakap camtu. Syukur... 😊😊
Konsep kami, walaupun dapat sebiji je buah, kami buka di ofis dan pakat-pakat merasa sorang sikit. Tahun ni juga dapat merasa buah cempedak yang tak sempat aku makan tahun lepas. Tapi cempedak tu aku beli kat tepi jalan kat luar sana laa. Dalam kem takde cempedak sobsobsss.. Sekilo RM7. Beli sebiji RM16.. tapi sebelah buah je isi elok dan boleh dibuat cucur.. sebelah lagi buruk... sedeyyy tapi puas hati sebab isi dia sedap dan manis... cuma tak puas makan je lah.. huhu ok lah tu kan...
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.