Ads Top

Rezeki Aidiladha | dapat cashback lepas renew insurans kereta



Khamis petang minggu lepas terperasaan ada duit lebih dalam baki akaun lepas cucuk duit.. Terkejut jugak lepas check baki di kad ada lebihan dalam RM20 lebih.. Aiikkk.. duit apa lak ni kan... amaun tak banyak.. tapi biasalah orang ni kan tengah bajet nak repair rumah.. memang mood menyimpan tengah on la kan.. so aku memang selalu ingat laaa berapa balance ada lagi dalam kad tu huhu..


Masuk kereta terus check online. 
Rupanya rebate renew insurans di Takaful Malaysia tahun lepas dah masuk.. Alhamdulillah.. ingat dah tak dapat rebate ni sebab dah lebih setahun dah.. 1 tahun 1 bulan lebih.. 


Dapat cashback apabila renew insurans kereta di Takaful Malaysia


Member aku yang pernah buat bagitau dalam 3 ke 4 bulan dah boleh dapat duit rebate tu. Dorang kreditkan ke dalam akaun yang kita isi dulu dalam form renew insurans tu.. ada aku cerita dalam entri ni Ni dah lebih setahun aku ingat dah tak dapat dah la... memang ingat dengan rebate tu walaupun sikit sebab aku tak suka kalau kena tipu.. Sampai aku dah tak renew dah insurans kereta tahun ni di Takaful Malaysia. Renew kat Post Office je amik Etika. Tak sangka dapat pulak walaupun lepas aku kira tak sampai 15% pun jumlahnya.. but it's ok je for me asalkan ada bayar huhu..


So next year bolehlah renew insurans kereta di Takaful Malaysia balik hehe... Ok tu je nak update. 


Bye 😘😊😍



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.