Sambutan Majlis Hari Jadi dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Pra Sekolah SKMP
Sebelum aku mulakan entri pagi ni,
terimalah ucapan :
"Selamat Hari Raya AIDILADHA".
"Maaf Zahir & Batin"
daripada aku kepada semua pembaca belog http://www.thisspin.blogspot.my. Semoga ikatan ukhuwah sesama kita terjalin lebih erat selepas ni.
In shaa Allah.
SAMBUTAN MAJLIS HARIJADI DAN JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT PRA SEKOLAH SKMP
~ Khamis 12 Julai 2018
terimalah ucapan :
"Selamat Hari Raya AIDILADHA".
"Maaf Zahir & Batin"
daripada aku kepada semua pembaca belog http://www.thisspin.blogspot.my. Semoga ikatan ukhuwah sesama kita terjalin lebih erat selepas ni.
In shaa Allah.
SAMBUTAN MAJLIS HARIJADI DAN JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT PRA SEKOLAH SKMP
~ Khamis 12 Julai 2018
Sebenarnya sekolah anakku dah buat jamuan hari raya tapi waris tak dijemput sebab bajet takda.. Tapi pihak pra-sekolah si Syairah ada anjurkan Majlis Hari Jadi dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Pra Sekolah sahaja dengan menjemput waris untuk memeriahkan majlis. Alhamdulillah... rezeki 😊. So aku je yang pergi sebagai waris.
Anak-anak Pra diminta hadir bersama waris masing-masing di sekolah pada pukul 10.30 pagi.
Dalam pukul 10.45 camtu aku dengan beberapa waris yang hadir dah ambil tempat duduk di bawah khemah dah. Dah duduk tu boleh la menjamu selera. Tapi anak pra semuanya kena makan di tempat yang disediakan.
Makan nasi tomato dulu.
Kek Hari Jadi belum sampai lagi. Budak-budak ni semua memula aje dorang behave makan kat atas tikar tu.. lepas tu tak sampai 20 minit masing-masing dah merayau cari mak dorang dah.. Terus aku pun gamit-gamit panggil Syairah duduk dekat aku.. sebab aku tengok dia macam tak makan je nasi tomato tu.. kang nama je pergi jamuan tapi tak makan huhu..
Disebabkan aku risau nasi dia tumpah, aku pergi kat Syairah dan bawak pinggan dia duduk dekat aku. Aku sebenarnya teringin nak menambah nasi tomato tu tapi segan/malu.. jadi bila nasi tomato Syairah macam tak terusik pun, so aku makan la nasi tomato dia sebab dia tak mahu.. hahaha... lega dapat makan nasi tomato 2 pinggan hihi..
Tak lama lepas tu, anak-anak pra pun dipanggil untuk bergambar. Lepas tu acara bagi hadiah kepada besday boys dan besday girls.. lepas tu baru acara bagi duit raya dekat budak-budak tu.. meriah jugaklah..
yang besday jatuh bulan 7, 8, 9 bergambar dulu..
semua murid pra bergambar bersama Guru Besar (tudung biru muda)
Lebih kurang pukul 11.30 camtu aku pun angkat kaki.
Tak ingat lak nak makan kek besday dulu. Syairah pun tak makan jugak la.. nasib baik dia tak sebut-sebut pasal kek tu lepas balik atau 2,3 hari lepas tu.. yelah sebab dia bergambar kat kek tu kan..
durian dari salah sorang cikgu Pra yang sponsor.
ingat waris yang bawak.. huhu..
Sebab masa aku balik tu cikgu belum potong kek lagiii. Gambar ni pun aku dapat dari Group Wasap Waris Pra. Dah dapat gambar ni baru teringat macam 'Alaaa... asal aku tak tunggu makan kek dulu...' yelah beb, aku duduk kat situ dah 1jam dah.. mata macam memerhati je kan.. sudahlah aku pakai baju uniform PLKN.. lagipun ada jugak sorang dua waris yang tanya aku.. tak keja ke? cuti ke? nanti dorang kata aku makan gaji buta lak kan.. duduk PLKN relaksss boleh hadir majlis anak sampai berjam-jam... huhu.. nasib badan lah... sebab tu terus angkat kaki balik! kalau ingat bab kek tu, boleh jugak aku tunggu. Collect duit apa... tapi takpelah.. dah takde rezeki namanya.. sedekah jelah.. lagipun si Syairah pun tak ingat kek tu.. ibu dia je poyo dok teringat-ingat!😅😆😥
ok tu je nak update.
Tengkiu reading!!!
p/s : Jom follow belog ni. Button ada dekat sidebar Folllowers di sebelah. TQ.
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.