
Tumbesaran anak pokok cabai merah (3 bulan)
Jom tengok PERBEZAAN SEPANJANG PERKEMBANGAN anak-anak pokok cabai merah aku dari kecik sampai sekarang...Pertengahan 6/2021 - semai biji benih pokokPenghujung 6/2021 - anak-anak pokok mulai tumbuhSebelum penghujung bulan 8/2021 -pokok dipindahkan ke dalam 4 buah pasu setinggi 23.5 cm
Pertengahan bulan 9/2021 (3 bulan usia pokok)
Pokok cabai merah sudah semakin tinggi dan merimbun dalam pasu baru yang lebih besar. Aku sendiri terkejut sebab cepat sungguh dia mencapai saiz macam gambar ni. Mungkin disebabkan faktor tanah dan saiz pasu maka pokok pun cepat dan senang membesar seperti dalam gambar dekat bawah ni. Rezeki. Syukur. Gembira sangat-sangat.
tinggi dah pokok-pokok cabe merahku...
lagi 2 pasu. merimbun.
Pokok cabai ni sangat-sangat subur. Tinggi. Daun pun besar lebar dan menghijau. Aku rasa pokok ni dah matang dan sudah boleh memberikan hasil lah agaknya..?
Tapi aku sebenarnya risau jugak kalau-kalau pokok ni 'gila daun' sahaja maka susah nak berbuah, jadi aku try cari dekat youtube dan terjumpa satu video untuk menggalakkan pokok berbuah lebat.. hasilnya pokok-pokok ni telah di'trim' daun-daun dia yang banyak tu. Post berkenaan trim daun ni nanti aku buat next entri.
Alhamdulillah. Seronok tengok pokok sihat dan merimbun.
Nampak sihat2 Dan byk daunnya. X Lama lagi Ada la buahnya ty
BalasPadamamin3.. tak sabar nak tuai
Padam