Ads Top

 

Pokok cabai merah tengah gila daun. Jom trim daun pokokPokok cabai merah tengah gila daun. Jom trim daun pokok



Trim daun pokok cabai merah supaya pokok fokus berbuah


Trim daun pokok cabai merah supaya pokok fokus berbuah


Memang tak sangka sungguh selepas pokok berpindah pasu, pokok cabai merah semakin cepat membesar seterusnya merimbun-rimbun daun-daunnya.


Pada mulanya memang rasa berbunga-bunga hati ni bila tengok anak pokok menjadi dan tak mati. Tambah sukahati bila tengok daun pokok lebat dan menghijau.  Sebelum ni rumah aku jangan harap la nak ada pokok-pokok 'live plant' hijau-hijau macam ni prfttt....


Tapi, makin hari, makin merimbun daunnya dan melambai-lambai sampai tiba-tiba aku terlintas bahawa mungkin pokok-pokok ni dah jadi gila daun agaknya?


 Jadi aku dah trim pokok-pokok yang dah besar merimbun ni supaya daunnya tak merimbun lagi takut-takut nanti pokok fokus keluarkan daun daripada keluarkan cabai.  Tak seronok pula kan kalau tanam pokok tapi tak dapat hasil. Sebab bila ada hasil tu yang tambah rajin menanam kan... 


Ini pun ilmu juga aku dapat daripada beberapa pembacaaan aku dekat google tapi aku tak ingat pulak berkenaan pokok atau tanaman yang mana satu.. jadi bila terfikir saja pasal tu, terus aku 'decide' untuk trim daun-daun pokok cabai ni.


Trim daun pokok cabai merah supaya pokok fokus berbuah
daun yang dah aku gunting-gunting.
buang ke dalam pasu sebab depa kata boleh kembalikan nutrien kepada pokok.
err.. jangan tanya depa tu sapa..



Trim daun pokok cabai merah supaya pokok fokus berbuah
dah trim buang pucuk-pucuk dan daun-daun sebelah bawah pokok.
adehh.. nampak tinggi dan slim pulak pokok cabai ni kahkah!
pokok slim, tuan dia tak slim-slim hurmmm






tengkiu reading!


6 ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.