Ads Top

 
Semasa pandemik melanda negara kita, ini adalah kali pertama kami makan di dalam premis KFC. Sebelum ni tak kira semasa PKP, PKPB atau PKPP ke... kami beli dan makan KFC melalui GRAB dan makan di rumah sahaja. Sebelum ada CoVid-19 dalam Malaysia ni, kami lebih suka makan dekat dalam KFC. Feel dia mariiii gitew haha..


  


Kenangan betullah kan sewaktu PKP, PKPB dulu... betul tak?
Masa tu aplikasi online macam Grab dan Shoppee yang jarang-jarang sangat kami guna untuk beli makanan segera ni sudah jadi macam kemestian pula. Kalau tak pandai guna, kempunan lah nak makan.. kempunan lah nak membeli-beli..


Alhamdulillah akhirnya CoVid-19 sudah semakin reda. SOP pun banyak dah dilonggarkan. Sudah hampir kepada zaman dan suasana sebelum adanya musibah CoVid-19 ni. Fasa Endemik. Sekarang ni dalam berita dekat TV tadi ada bagitahu bahawa lepas ni sudah tak ada saman akan dikeluarkan kalau kita tak memakai pelitup muka lagi. Alhamdulillah.


Takut nak expose anak-anak lagi masa tu sebab ada anak aku yang masih belum vaksin, kadang tu ada yang sudah amik vaksin tapi masih baru lagi, bila dah sorang tu dah lama sikit, yang lain pulak amik vaksin huhu, pastu anak-anak semua dah lengkap vaksin, kami pula kena amik Booster aka Dos Penggalak. Arggghh macam-macam lah songeh.. lepas tu bila anak sulung aku Along masuk asrama, lagi lah lama kami tak makan dekat kedai sebab nak tunggu dia balik dulu huhu.. tak seronok kan kalau tak cukup ahli..


Kami pergi makan waktu malam hari Khamis atau malam Jumaat. Lepas aku balik kerja kami terus bersiap-siap dan pergi. Pukul 8 kami bertolak. Takut kedai lain tutup awal atau kami tak sempat, jadi baiklah terjah KFC Bandar Puteri saja. Mujur tak hujan waktu tu. Waktu kami balik barulah hujan itupun setakat gerimis sikit je.


Macam biasa,, KFC Bandar Puteri jadi pilihan sebab dekat dengan rumah dan Open 24hours.







ambil sos sorang satu siap-siap. Banyak ni tak cukup habis seketul ayam tu. Ambil lagi sos lepas tu. Sos Thai semestinya.










alhamdulillah...




2 ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.