Ads Top

Louis Hotel | Penginapan yang selesa di Taiping

 

Kami menginap di Louis Hotel, Taiping selama 2 hari 1 malam. Seronok duduk hotel ni semuanya bersih dan nampak serba baru.  Aku ambil 1 bilik hotel sahaja untuk muatkan kami semua berenam. Masih muat lagi huhu. Tapi kena adjust sikit la. 


Lobi Hotel #


echan dah besar..






Bilik penginapan #



Bilik ni sangatlah selesa.. biasalah kan hotel.. 


aku sampai terasa macam nak je buat bilik kat rumah aku tu combine jadi satu lepastu kami semua anak-anak sekali makpak tido satu bilik je aircond letak satu je jimat haha.. bajet deko satu bilik je tak payah pening-pening nak deko sampai 2,3 bilik. tapi macam tak penah dibuat orang lah pulak kan...




katil yang dekat tingkap tu Along dengan Angah tidur.


Kami berempat aku,suami,anak pompuan dengan echan tidur katil yang satu lagi.
Kami tidur melintang tak menegak baru lah muat (cikah-ibu-echan-abah)







pihak hotel bagi 2 saja kupon parking bermula jam 8pagi sampai lah jam 10.


Disebabkan anak-anak aku seronok dapat tidur hotel jadi aku decide untuk tambah 1 lagi kupon parking sampai pukul 11 pagi. Ikut hati aku nak checkout pukul 12 kalau tak ada apa-apa perancangan. Tapi hari tu kami dah bercadang nak makan kenduri dekat rumah parent kakak ipar aku dekat Ijok..


Aku bagi rating 5 bintang daripada 5 bintang sebabnya anak aku si echan tu hari-hari asyik ulang yang dia seronok pergi Zoo dan tidur hotel. Pada pendapat aku pun sama juga. Best menginap di sini.


2 ulasan:

  1. Sesekali menginap di hotel, tentu satu pengalaman istimewa bagi anak-anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh sis.. syukur sangat Allah bagi peluang kat kami merasa nikmat ni. Harap-harap boleh tidur hotel lagi lepas ni.AMin hehe

      Padam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.