Ads Top

Makan kenduri selepas Trip ke Zoo Taiping



MAKAN KENDURI DI FELDA IJOK, PERAK
3.9.2022 Sabtu



Sebenarnya kami makan kenduri pada hari kedua Trip Taiping.  Trip kali ni bermula 2 - 3hb September 2022 (Jumaat & Sabtu).  Jadi selepas makan kenduri, kami masing-masing bergerak balik (masih konvoi 3 biji kereta) ke rumah masing-masing. Pada hari tu, aku sampai rumah lebih kurang jam 7 malam sebab kami berhenti isi minyak dan sempat singgah sekejap layan anak-anak dan sepupu diorang main dekat playground Taman Tasik Serdang. Jalan tak berapa jem cuma kereta bergerak perlahan saja bermula dari Sungai Seluang menuju ke Sungai Petani.



Suami, anak bongsu, dan adik-adik perempuan aku (tudung pink dan oren). Ni gambar lepas sudah siap makan-makan. Hari tu aku puas hati sebab dapat makan tapai yang  sangat sedap.




Makan kenduri di rumah parent kakak ipar aku. Alhamdulillah menu semua sedap-sedap. 


 






makanan dilapik kertas minyak





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.