Ads Top

Petang | Riadah santai di Taman Tasik Taiping


Bila dah mula balik berblogging ni kan, terasa macam banyak sangat post nak kena buat.. banyak sangat entri nak taip.. rasa macam banyak sangat gambar-gambar dalam henfon yang mempunyai seribu satu cerita hendak aku ceritakan dalam blog N.E.Z.A.H.S.A.N ni.. semua tiba-tiba rajin nak buat.. tiba-tiba rasa macam tak cukup masa.. rasa macam nakkkk saja aku terus buat full time berblogging... 😂 



Sempena cuti sekolah kali ni buat julung kalinya aku bawak anak-anak makan angin. Plan asal nak bawak dorang mandi pantai. Sebenarnya aku bercadang nak bawak anak-anak holiday ke Teluk Senangin sana.. Lepas tu next time lajak ke Pulau Pangkor pula.. Jadilah sebagai permulaan aktiviti holiday dalam keluarga kami. Tapi... lepas bincang punya bincang dengan adik-adik aku, last sekali kami buat keputusan untuk melawat ZOo Taiping saja. Bawak anak-anak tengok secara 'live' haiwan-haiwan liar ni semua. Kebetulan ada kenduri dekat rumah kakak ipar aku, jadi kami cadang pergi tidur satu malam kat Taiping. Jadi warga Taiping sekejap ehehe..



So selepas pergi Zoo, lunch, solat, kami tak terus checkin hotel sebaliknya terus pergi beriadah di Tasik Taiping. Lebih kurang pukul 4 petang kami sampai.. Hoihhh sakan ni baru berlegar-legar dalam Taiping tu je pun tapi tak sampai-sampaiiii lagi hotelnya haha..  Pihak hotel call tanya sama ada kami jadi atau tak menginap pada hari tu sebab hotel dah 'fully booked'. Mujur aku dah book awal hotel tu, kalau tak silap 2 bulan sebelum pergi kot.. lama tak main book-book hotel-hotel ni kikiki selalunya aku book hotel kalau pergi kursus saja atau kalau ada urusan lain lapor diri ke... Biasanya aku akan sampai lebih awal sehari jadi kena tidur hotel dengan bajet sendiri dulu.



aktiviti petang hari pertama sampai Taiping.. Riadah Taman Tasik Taiping
baju ni aku lenjan pakai sedari pagi bertolak dari rumah sampailah petang pukul 7malam balik hotel kikiki.. nampak dah segakkk dah ni tapiii...kantoiiii hahaha


pinjam sekejap basikal anak aku sewa ni. 
RM5 untuk setengah jam kalau tak silap.. basikal ni mekanikal saja bukan guna elektrik tu..
yang tu mahal lagi,, yang ni kena kayuh.. okay lah best apa kayuh basikal..


Nampak kereta banyakkan? Alhamdulillah kat tasik ni ada gerai-gerai jual keropok lekor, rojak buah, air, yang datang jalan bawak barang jualan macam roti dengan Khunafa pun ada.. adik aku beli roti bagi makan ikan-ikan keli afrika dalam tasik tu.. Keli tu agak besar jugak dan banyak ekor jugaklahh,, Khunafa aku pulak tak berapa nak kena selera aku..sedap pada orang lain kot.... mungkin aku tak sesuai makan jenis tu. Tapi kalau aku pergi Turkiye, aku nak la try Khunafa ori dari sana..  😁



kenangan buat anak-anak dapat riadah kat sini. Yang tengah tu Maksu budak-budak ni.
Basikal ni Maksu belanja dorang naik. Moga Allah limpahkan rezeki lagi buat Maksu.



3 beradik perempuan. 
Dua orang tu adik aku. Yang baju pink tu anak menakan aka anak buah aku.
Tengok anak aku yang pompuan ni dah nak sama tinggi dah dengan aku. Ibu hangpa ni anak dah besar dah baru ada rejeki nak bawak hangpa mai sini.. Alhamdulillah.. moga ada lagi rejeki next year holiday lagi.. amin3 yra....



bff kot? hihi



Tempat wajib amik gambar family kat sini. 
Alhamdulillah petang tu dekat I 💖 Taiping ni family kami aje yang pulun nak bergambar kat sini tak kacau orang lain.. kalau tak kena cepat-cepat lah sikit kan.. alhamdulillah gambar kami semua lawa-lawa saja dekat sini. Sayang tak ada gambar Paksu dorang sebab dia yang amik. Terlupa nak amik gambar dengan family kecik kami kat sini sama.. takpelah..mujur gambar yang ada ni dah elok sangat-sangat kan. Kita kena bersyukur barulah Allah tambahkan lagi nikmatNya kan?








Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.