Ads Top


Kenangan PKP 1 tahun 2020



Ikan termenung goreng tepung air tangan abah budak-budak ni


Semasa PKP baru diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu PKP 1 pada tahun 2020, seorang member aku tolong member dia jual ikan secara COD. Member aku promote dekat aku. Aku pulak promote dekat jiran satu taman. Ada aplikasi "What's App" senang sikit. Ada 3 orang jiran aku membeli. Semua bedal amik sampai 3-5 kilo sebab ikan temenung murah sangat waktu tu.  Aku beli 5 kilo kalo tak silap sebab ikan elok-elok belaka. Asalnya order nak 3 kilo sahaja.  Harga sekilo tak ingat pulak berapa. Malam tu, kami makan ikan ni sahaja cicah sos cili Mudim yang sedap. 






Tahun ni, takda pulak member aku tolong promote ikan termenung dah. Atau mungkinkah termenung sudah kembali mahal? Nanti bukan ikan sahaja yang termenung, aku pun join termenung sama uhuk-uhuk.. 




2 ulasan:

  1. sedap tu ikan celup tepung..mkn panas2..tringat bila holiday ganu mkn menu celop tepung tepi pantai

    BalasPadam
  2. makan ratah2 macam tu dgn anak-anak memang seronok tak cukup sepinggan.. kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.