
tanah merah dan pasir sungai
Hari tu selepas aku beli pasu 10 biji, aku pindahkan pokok-pokok cabai merah ke sana.
Mula-mula tu aku ingat bolehlah pindahkan 10 pokok sekaligus... habiskan 10 pasu yang beli hari tu. Tapi tanah pula tak cukuppp... alahaiii... dah beli tanah, pasu tak cukup.. dah beli pasu, tanah pulak tak cukup.. lakhaulawalaa.. geleng kepala otai-otai pertanian dengar kisah aku ni.
Nak dijadikan cerita, hanya lima pokok cabai merah sahaja aku berjaya pindahkan. Itupun masih ada satu pasu terpaksa tampung 2 pokok cabai sebab tak cukup tanah. Maksudnya hanya 4 biji pasu sahaja aku gunakan. Lagi 6 pasu aku simpan dulu dalam rumah. Lepas tu fikir-fikir balik, okay jugaklah buat masa ni aku guna 4 pasu dahulu. Manalah tahu kalau-kalau mati pulak pokok-pokok baru pindah tu kan.. nangis woo... so, aku anggap macam 'trial' dulu lah.. 'trial & error' orang kata..
Tanah merah
post gambar pasir dengan tanah merah dulu la.. nanti up banyak-banyak dalam satu entri takut lepas ni takda modal pulak nak cerita apa ngeee...
Mudah2an subur dan menjadi tanamannya
BalasPadamamin, terima ksih pkcik.
PadamWaa beli kat Shopee aje kan. Sama macam mana juga la
BalasPadamsaya start pandai Shopee ni sebab PKP la hihi.. sebelum ni xsuka beli online
Padam