Ads Top

Hari Pertama di Pulau Perhentian

 

Hari Pertama di Pulau Perhentian



Sebelah petang aku dengan Syiha keluar berjalan-jalan di tepi pantai meninjau-ninjau tempat untuk kami sewa kayak.  Waktu tu lebih kurang jam 5 petang. Redup sahaja suasana pantai petang tu tapi riuh dengan suara-suara manusia bergembira bermain di pantai. Suasana tambah meriah lagi apabila di sepanjang pantai, kedai-kedai makan sudah mula meletakkan kerusi-meja untuk menarik pelanggan. 


Akhirnya kami menemui tempat untuk kami sewa kayak. Sewa sebuah kayak RM50 untuk satu jam kalau tak silap.. Masa di Pangkor tahun 2018 kami sewa sebuah kayak RM50 untuk satu hari kalau tak silap aku lah... Nak berkayak pun tenang-tenang jer.. cuaca redup.. angin sepoi-sepoit bahasa.. ombak pulak sesekali menghempas pantai.. memang tenang sangat suasana.. tak havoq.. jadi senang nak berdayung.. dan paling best orang yang berkayak waktu tu boleh dikira dengan jari.. tak ramai pun..  



Hari Pertama di Pulau Perhentian
banyak bot sepanjang pantai.. 
pemandangan yang sangat-sangat merehatkan jiwa hihi..



Selesai kayak, kami berjalan pula ke kedai makan. Bukan nak makan, tapi nak minum-minum sahaja. Staf Naim join sama.. Kom pulak lepak dengan cikgu Nana di campsite sahaja. Dekat kedai makan tu kami hanya lepak-lepak sahaja.. Tak lama lepas tu, kami pun balik ke campsite untuk mandi dan solat maghrib. Malam tu, selepas Staf Naim dengan Cikgu Nana hidupkan api dapur, aku dengan Syiha just masak nasi, masak sardin tin, goreng ikan masin dan buat air asam. Air pula kami hanya bancuh teh 'O' panas. Sambil masak sambil borak-borak sambil-sambil mendengar bunyi deruan ombak. Sambil kami memasak tu, seorang jiran khemah sebelah iaitu seorang lelaki ajak borak pasal harga package.. hahaha.. package kami lagi murah dari dia. Rezeki kami. Esoknya jiran tu dah checkout.. tak tahulah aku dari mana sebab malas nak amik tahu huhu.. lagipun bukan aku yang sembang dengan dia, tapi Staf Naim yang sembang dengan dia..


Disebabkan aku tak banyak gambar campsite kami, jadi aku terpaksa google lah.. ada gambar tapi sipi-sipi sahaja.., nanti aku tunjukkan dalam celah-celah entri ni nanti ya..


Our campsite 

~ 3hari 2Malam ~ Awatif Campsite


gambar ihsan google. Blogger famous ni aku rasa sebab nama blog macam familiar.


lokasi khemah aku sebiji macam ni, dekat tepi pagar kayu ni menghadap pantai.
Patutlah blogger ni famous sebab dia tak lupa dan rajin snap gambar. Okay.. lesson learnt!



REVIEW AWATIF CAMPSITE

Khemah ni menyediakan bantal yang sangat-sangat selesa. Kena amik bantal dekat store. Minta dekat pekerja dekat situ. Nak caj henfon pun dekat situ juga. Jenuh tunggu turn. Selimut dengan tilam nipis tak disediakan. Tapi bila sampai Perhentian ni, senang saja mata nak terlelap sebab badan sangat-sangat letih dengan syarat kena buat aktiviti la.. 

Lagi satu, toilet ada banyak juga, tapi kalau ramai orang mandi macam contoh aku mandi time sebelum maghrib tu, sekejap air ada, sekejap air takda.. ahh haru.. tapi selesai jugak mandi.. surau pun kecik dan terpaksa kongsi ruang solat lelaki dengan perempuan. Jadi kalau nak solat tu, kena intai kalau ada orang perempuan, baru aku pergi solat. Solat pun cepat-cepat takut ada orang lelaki tetiba datang dan solat sebelah aku walaupun ada jarak satu meter.. terus hilang kusyuk kahkah! 



Hari Pertama di Pulau Perhentian
inilah dapur kami. 


ini je gambar dekat campsite yang mampu aku selit sikitt.. ini je gambar dekat khemah yang aku ada. Masak-masak dekat tepi khemah aku je, menghadap laut. hehe..



tapi jangan risau, mai sini aku share gambar-gambar sunset pada petang tu hasil tangkapan kom kami.

Jom!















8 ulasan:

  1. Balasan
    1. rindu nak bwk anak pulak pergi pantai

      Padam
  2. rindu tgk permandangan cantik di pulau...rindunya nk cuti2...skarang ni hanya mampu throwback je kan

    BalasPadam
  3. akak last berkayak rasa2 nya masa umur 20an dulu. lama dah tinggalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kayak ni bila2 kakyan nak pun boleh kakyan..
      tapi saya ni nak travel far2 away macam kakyan tu yang susah sikit hehehe...

      Padam
  4. Pernah sekali je perhentian. Tu pun tak buat apa2 sbb bawa baby masa tu. Dpt naik light house tu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpa, xlari perhentian dikejar hihi nanti boleh pergi lagi qado banyak2 hehe

      Padam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.