Pindah anak pokok cabai merah ke dalam pasu berisi tanah merah dan pasir sungai
Hari tu dalam entri tanah merah dan pasir sungai, aku ada cakap yang aku beli dan nak cuba guna tanah merah dan pasir sungai pulak sebagai medium tanaman untuk pokok cabai merah aku yang seterusnya sebab aku bercadang nak cari kos yang lebih murah untuk medium tanaman aku ni. Sebenarnya tanah hitam yang aku guna sebelum ini bagus dan sangat recommended lah. Boleh rujuk post pasal cabai merah sebelum-sebelum ni, sebab dalam post tu ada aku share jenis dan harga tanah tu.
Jadi aku dah pindahkan anak pokok cabai merah dalam pasu yang lebih besar sikit iaitu pasu kekal untuk dia. Mana tahu kalau-kalau gabungan medium tanah merah dan pasir sungai ni serasi dengan pokok cabai merah nanti sebagaimana medium tanah hitam. Jadi boleh lah aku jimat kos beli medium tanaman dan beli benda lain macam pasu dan lain-lain. Tapi aku tak beli dekat Shopee pasir dan tanah merah dah la nanti, beli dekat-dekat sini sahaja. Baru plan.. kita tengok dulu macam mana...
Let's check it out guys!
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.