Semai biji benih rambutan
Suatu hari, aku dapat idea untuk menyemai biji benih rambutan. Banyak jugak yang aku semai dan alhamdulillah, berkat tanpa jemu dan 'givup' menyiram setiap hari pagi dan petang akhirnya biji benih rambutan pun sudah mula bertunas. Macam biasa, aku semai biji-biji rambutan tu semua di dalam bekas aiskrim cup sahaja. Guna apa yang ada sahaja.
biji benih sudah semakin tumbuh dengan sihat, membesar dan tinggi.
Untuk benih rambutan ni, aku merancang nak masukkan dalam polibeg sahaja. Atau maybe aku guna sahaja plastik barang yang saiz lebih sesuai. Duit boleh save beli tanah. Belum survey lagi harga polibeg.
Wak bagi cadangan, kalau nak tanam rambutan beli aje benih klon yang ada jual di nerseri pertanian atau shopee/lazada.
BalasPadamAnak rambutan dari biji benih mungkin tidak berbuah (kalau jantan) dan kalau berbuah pun (betina) takde kualiti (jadi rambutan kampung masam).
lahh ya ka pakcik... aduii sedihnya.. pokok dah banyak keluar daun dah..
Padamtrma kasih sbb bagitau awal-awal.