Ads Top


Sebenarnya, semasa aku nak semai biji cempedak ni, aku bukan pandai atau reti pon nak letak biji cempedak tu yang mana satu sebelah bawah mana satu belah atas huhu.. aku tak tahu mana pangkal mana pucuk mana apa pun namanya aku serius tak tahu langsung... 


Apa yang aku buat untuk semai tu adalah, aku letak saja biji cempedak mentah ni dalam bekas aiskrim cup dulu bagi kering 2-3 hari lepas tu aku sediakan tanah dalam pasu.  Lepas tu, aku letak sahaja biji cempedak atas tanah tu yang aku lembapkan setiap hari sebab aku siram biji benih cempedak ni.. bila dah nampak biji benih ni mengeluarkan akar, barulah aku tanam biji benih tu.. huhu rare tak?


Tak lama selepas tu, biji benih tu pun sudah semakin merekah ataupun biji benih tu terbuka luas dan mengeluarkan tunas macam gambar ni. Kalau Allah swt bagi rezeki dekat aku nak merasa buah cempedak pokok sendiri ni, alangkah seronoknya kan.. sebab buah cempedak ni isi dia memang manis dan sedap. Ulas dia pulak bulat-bulat dan comel-comel saiz sederhana. 


Anak pokok cempedak

Semai biji benih cempedak



Semai biji benih cempedak



Semai biji benih cempedak
gambar sahaja yang banyak tapi pokok satu saja ehehe..



Satu pokok sahaja yang ada iaitu dari seulas cempedak. Tak ingat pula kenapa satu sahaja yang aku semai. Sebab seingat aku, aku beli buah cempedak sebiji..ngeng betui haha..  Nanti kita beli lagi lah buah cempedak, aku semai lagi banyak-banyak.. lagipun buah cempedak ni semua orang suka makan jadi tak rugi tanam pokok cempedak.




6 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Seronok bila biji benih yang disemai sudah bercambah dan bertunas kecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh.. berbunga2 rasa hati hihi.. seronok

      Padam
  2. Mudah2an hidup subur anak pokok cempedak tu.
    Bila dah ada 5/6 helai daun bolehlah ubah ke tanah
    kalau ada rezeki 2/3 tahun boleh mengeluarkan hasil

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari ni pokok memang dah ada 5/6 daun tu pkcik..
      2/3 thn tu tak lama dah noh.. seronoknya!
      trma kasih pakcik guide saya yg beginner ni ehehe..

      Padam
  3. Semoga membesar Dan boleh dpt rasa hasilnya nanti

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.