Anak pokok cabai merah semakin membesar
Reveal time ~
*gambar ni diambil pada pertengahan Ogos.
Dulu anak pokok, sekarang sudah ada lebih 6-8 helai daun. Sudah dikira matang.
Tak lama lagi aku boleh menuai hasil. in shaa Allah. Seronok sangattt...
aku berharap pokok-pokok ini semua berbuah dengan lebat.
Alhamdulillah, dah hampir matang anak-anak pokok cabai merah tanamanku..
Pasu biru tu kecik sebenarnya. Dalam gambar nampak besar sikit.
Aku rancang nak ubah pokok cabai merah yang dah besar ni dalam pasu yang sesuai untuk perkembangan dan tumbesaran pokok nanti. Sebenarnya aku dah beli dah pasu untuk pokok-pokok cabai merah kesayangan aku ni dekat Shopee. Entri menyusul kemudian hehe..
seronok dan puas tengok pokok-pokok merimbun macam ni.
teras rumah.
belum ada tempat duduk khas yang sebenar-benar khas untuk tanaman aku ni.
Buat sementara ni, inilah tempat khas untuk mereka. Dekat teras rumah. Mana nak tahu pula kan tanaman kali ni menjadi dan hidup subur... macam aku cakap dalam entri yang lepas, aku bermula dengan menggunakan apa yang ada sahaja pada masa tu. Contoh bekas semaian takda, jadi aku guna bekas aiskrim cawan sahaja.
In shaa Allah lepas ni aku akan carikan tempat khas untuk mereka ni.
> Yang dalam pasu kelabu tu pokok kari.
> Dalam pasu biru yang pokoknya macam takda daun tu ada satu-satunya pokok cempedak yang aku tanam.
> Dalam bekas aiskrim cup tu anak-anak pokok rambutan.
Tiga pokok tu sahaja buat masa ini tak termasuk pokok cabai merah.
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.