Ads Top

Kuih ketayap nan nostalgia

 

err.. tak habis-habis dengan cerita kuih dan kek-kek nostalgia aku ni kan.. uhuhuu...

kuih ketayap yang sedappp.



Hari ni just nak post satu entri santai-santai... saja nak bagitau bahawa inilah satu-satunya kuih yang aku konsisten buat sejak dari zaman sekolah sampailah dah kawin. Dari tolong mak melenggang adunan dalam belanga (kuali), sampailah pandai membuat sendiri dari A to Z. Alhamdulillah. Sedapkan kuih ketayap ni?


Bahagian mana yang nostalgia dengan ketayap ni? 
Dulu masa kecik-kecik, aku memang suka sangat bau 'Nyoq' (isi kelapa) yang tengah dimasak dengan gula merah dan daun pandan. Kalau 'inti nyoq' ni sudah mak aku sejukkan dalam peti ais tu, aku suka curi-curi makan sampai tinggal sikit inti nyoq tu.. 


Tak dinafikan, walaupun suka buat, kadang-kadang kuih aku pun tak menjadi. Kadang tu terlupa nak guna kuali yang biasa aku guna untuk buat kuih lenggang-lenggang ni.. bila melekat, baru teringat tak guna kuali 'dia'. Tengok kuali jugak. Aku tak guna non-stick pan tau buat ketayap ni. Nantilah aku buat guna non-stick pan, setakat ni aku guna non-stick pan untuk buat apam balik saja.. aku rasa aku ni seorang yang 'old-school' atau sedikit 'traditional' huhu.. aku lambat sikit nak ikut peredaran zaman.. orang lain dah pakai selfie stick, aku masih pakai tangan lagi jadi selfie stick.. ehhehhe... 



4 ulasan:

  1. Mama xpenah buat sendiri.. selalu beli aje hihi. Sedap juga kuih ketayap ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sempat.., takpe mama pandai buat masakan lain yang lagi up to date hihi

      Padam
  2. wak pon sukak makan kuih ketayap hijau inti kelapa camni., ;p

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.