Ads Top

Pulau Perhentian ~ fire show

 

Selepas makan malam aku, Syiha dan Staf Naim berjalan-jalan di tepi pantai. Waktu macam ni tak seronok nak 'stay' dekat khemah kami sebab orang terlalu ramai dekat restoran sebelah khemah kami tu. Jadi, tak berapa seronok nak relaks-relaks lepak-lepak kat khemah sendiri. Nak berbual pun macam tak best dekat sini waktu tu. Jadi kami berjalan-jalan santai menghala ke arah hujung pantai untuk ambil angin malam. Waktu aku menaip entri ni, aku seperti boleh mendengar bunyi deruan ombak yang perlahan tu. Bunyi ombak yang sangat aku rindui. Tenang. Sememangnya waktu begini jiwa rasa tenang bila berjalan-jalan di tepi pantai walaupun sebenarnya dari khemah kami sudah boleh dengar bunyi muzik hip-hop yang sangat kuat berdentam-dentum.


Perjalanan kami akhirnya terbantut dek kerana ternampak sekumpulan manusia iaitu pengunjung-pengunjung Pulau Perhentian di Long Beach ni tengah menyaksikan pertunjukan api. Rupa-rupanya muzik yang kuat dan rancak berdentam-dentum tu datangnya dari sini. Dekat sini, ramai anak-anak muda nampak bersuka ria sekali sambil hisap shisha sambil juga menonton 'fire show' ni sambil bersorak kuat bila ada persembahan api yang menarik dan mendebarkan berlaku. Dekat sini, rata-rata pengunjung hanya duduk sahaja di atas pasir sama ada melapik punggung dengan kain atau juga tak lapik. Dan rata-rata pengunjung adalah orang muda. Dan kami pun jadi muda balik sebab terjebak sama-sama menonton acara fire show ni hahaa.. bila nak balik sahaja, lagu yang menarik diputarkan jadi terbatal pula hasrat nak balik uhuk-uhukk.. sampailah Kom call Staf Naim bertanyakan di mana kami berada sebab sudah hampir pukul 11.30 malam kami tak balik ke khemah haha.. dan tak lama lepas tu, Kom pun join kami sekali kahkahkah apakesss...


Kami berdiri dekat belakang-belakang penonton yang duduk ni sahaja. 
Bila dekat nak habis lagi setengah jam aku rasa macam orang semakin ramai pulak. Mungkin sebab orang yang duduk tu ramai yang dah bangun nak balik kot sebab tu rasa macam makin ramai..? Khabarnya ni adalah persembahan 'fire show' mereka yang pertama sejak PKP fasa 1 bermula. Maksudnya dari bulan 3 sampai bulan 10 dorang tak buat show. 


Lepas tengok persembahan api tu, kami pun balik ke campsite. Restoran yang ramai orang tadi dah tutup. Kedai yang betul-betul sebelah campsite kami tu pun dah tutup. Hampir jam 12 malam. Baru bercita-cita nak minum-minum sambil bersembang sampai pukul 2, ingat kedai tutup pukul 2 pagi huhu... 







Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.