Ads Top

Buat temujanji/appoinment di Klinik Kesihatan Kerajaan di Negeri Kedah


CARA BUAT TEMUJANJI/APPOINMENT 

DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN NEGERI KEDAH


Jom tengok 'step by step' cara yang aku kongsikan untuk buat temujanji/appoinment di Klinik Kesihatan Kerajaan bagi semua penduduk negeri Kedah Darulaman.


1.  Sila masuk ke portal rasmi JKN Kedah. 

Ini adalah bahagian yang paling penting sekali. Walau handal mana pun kita isi borang online, tapi kalau tak tahu di mana nak dapatkan borang ni, susah jugak kan? 


2.   Klik ikon 'Temujanji Klinik'




3. Klik 'Teruskan'.


Paparan seperti di atas akan keluar. Sila baca dan faham supaya kita tak membuang masa kalau berlaku masalah nanti. 

Kalau adik-adik yang nak sambung belajar tu, pihak sekolah/universiti dll akan bagi satu borang 'Pemeriksaan Kesihatan/ Medical Checkup'. Adik-adik kena dapatkan tandatangan dan cop rasmi doktor kerajaan pada borang tersebut. 

Untuk mendapatkan cop ni, kena buat appoinment dahulu di portal yang dinyatakan tadi. Bila dah dapat pengesahan temujanji, pada hari dan masa yang telah ditetapkan sila ke bahagian 'Pesakit Luar'. Tolong patuhi waktu yang ditetapkan sebab misi-misi dekat sini memang strict bab 'time'. Tapi depa memang baik hati kalau kita tanya apa-apa memang baik sahaja melayan. Semasa anak saya masuk asrama bulan April baru-baru ni, waktu terakhir doktor akan membuat pemeriksaan berakhir sekitar jam 11.30 pagi atau 12 tengah hari sahaja. Sesi petang tiada. Jadi mohon 'punctual' ya. 

PENTING. Perhatikan betul-betul di dalam borang Pemeriksaan Kesihatan tersebut ada menyatakan keperluan untuk membuat ujian atau tidak untuk Hepatitis. Kalau tak ada pilihan untuk Hepatitis di dalam borang, jadi tak perlu buat ujian Hepatitis di Klinik Swasta. Tapi kalau ada, kena buat ujian Hepatitis ini terlebih dahulu di klinik swasta sebelum pergi appoinment di klinik kerajaan yang kita dapat tu. Kalau tak buat ujian ni (Ujian Hepatitis), nanti doktor di klinik kerajaan takkan tandatangan,jadi kena ulang semula buat appoinment baru. Jadi sila jangan menyusahkan diri sendiri ya.




4.   Borang atas talian (Online form) seperti di bawah akan terpapar di skrin. Isikan.

Pilih sahaja daerah, jenis perkhidmatan (klinik kesihatan biasa/ klinik pergigian, dll) serta nama klinik. Beberapa senarai/list klinik kerajaan disediakan untuk kita pilih. Pilihan tersebut terdapat di 'drop-down' menu yang bertanda anak panah kebawah yang terdapat di hujung kotak kosong.

'blank' Online form untuk temujanji di klinik kesihatan kerajaan negeri Kedah. Tak boleh skip pun sebenarnya.



ni contoh borang online yang dah diisi jika kita hendak buat appoinment di klinik kerajaan. Rawatan dipilih adalah rawatan pergigian. Aku la tu yang nak jumpa dentist. kalau nak tahu aku buat rawatan apa, sila emel kahkah..



5.   Pilih tarikh temujanji.
Letak sahaja dulu tarikh yang kita nak. Tekan enter. 


Jika tarikh tu sudah penuh, maka paparan seperti di bawah akan ditunjukkan. Waktu temujanji akan berwarna kelabu cerah dan tidak aktif (tidak boleh dipilih/ditekan).


Di bawah adalah contoh bagi tarikh-tarikh yang masih boleh dimohon. 

6.   Isi maklumat diri (KP/ Nama/No Telefon - tidak ikut turutan).


Borang yang telah lengkap diisi.



7.   Sahkan maklumat yang telah diisi tadi.




8.   Cetak borang temujanji.




9.   Borang temujanji yang telah dicetak. 

5 digit bagi No.Siri akan diberikan.


Sekian. Semoga post ini bermanfaat bagi kita semua.





3 ulasan:

  1. Sekarang semua nak online
    Kesian orang yang tak reti (macam Wak), takde kemudahan dan takde line

    BalasPadam
  2. Senang zaman skrg semua online je kan. Tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang sebab save byk.. time, energy, money especially kan.

      Padam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.