Aktiviti Snorkeling di Pulau Perhentian ~ Day 2
DAY 2 PAGI | SNORKELING
Pada pagi hari kedua kami di sini kami lepak-lepak minum-minum di kedai yang terletak di sebelah khemah kami tu sementara menunggu waktu untuk pergi Snorkeling jam 11 pagi. Tak lama lepas tu, bot pun sampai dan terus bergerak ke lokasi snorkeling. Bukan lokasi, sebenarnya lokasi-lokasi. Sebab terdapat 5 lokasi snorkeling yang package kami ikut tu sediakan. Lokasi melihat batu karang, lokasi ikan-ikan cantik-cantik, lokasi bertemu anak ikan jerung, lokasi bertemu penyu dan satu lagi aku rasa tak ingat sebab seingat aku, kami pergi 4 tempat sahaja untuk snorkeling..
Gambar atas bot ada. Gambar dalam laut, snorkeling takda. Kami walaupun pergi berlima, tapi 'time' snorkeling tu semua pakat buat hal sendiri.. Dah sampai lokasi snorkeling tu, semua ikut haluan sendiri. Nak kawtiim suruh tangkap gambar pun tak boleh dah sebab member hilang hahaha... yennadeyy betuiii.. terlupa nak kawtiim awal-awal.. ada la sekali-sekala tengah berenang tu ternampak Kom itupun sebab aku cam bermuda style 'Hawaii' dia tu kahkah! Yang lain ke mana aku tak tahu..
Best sangat-sangat snorkeling ni. Best sebab boleh berenang di laut yang luas. Walaupun dekat permukaan sahaja tapi aku suka bab ni. Bab tengok batu karang tu tak teruja sangat.. aku enjoy part berenang sambil menikmati saat-saat kehadiran ikan-ikan yang cantik-cantik berenang hampir dekat depan mata. Ikan-ikan pun sporting hahaha.
Lepas snorkeling tu, kami di bawa ke perkampungan yang ada dekat situ untuk makan tengah hari. Mungkin inilah lokasi ke 5 yang aku bagitau awal-awal tadi kot..? Sini pun seronok.. Bersih sahaja kampung tu. Tapi orang macam tak berapa ada. Yang ada macam penjual peniaga aja huhuhu.. Macam sunyi sikit.. mana pergi semua orang ni.. serius sunyi kampung ni, bunyi motor kereta pun tak dengar.. atau memang takda? tapi disebabkan ada kedai runcit dekat situ, so aku dah happy dah. Bukan apa, seronok nak membeli jajan-jajan kudap-kudap ni sahaja bukan beli apa sangat pun..
Kami pilih untuk makan colek buah dekat salah sebuah kedai yang ada dekat sini.
dekat utara, kami panggil 'Rojak'.
Tapi kalau ke selatan, minta rojak dapat Pasemboq hahaha
nak makan rojak kena sebut 'rojak buah' kan..kan?
ok dah sampai Long Beach lebih kurang pukul 3.50 petang.
Dah sampai saja, terus pergi mandi dan tukar baju, solat dan tidur dulu sekejap.
Recharge tenaga balik. Petang ni ada aktiviti best.
Cantik sangat2 view kat perhentian. Tenang je tengok laut kan.
BalasPadamsemoga kecantikan ni terpelihara untuk generasi akan datang pula kan.
PadamUwaaa wishlist mama ni. Bilalah boleh sampai sana
BalasPadammama bila2 pun boleh mama. dalam negara je ni..hihi
Padam