Ads Top

Kek Pandan versi Bakar


Aku tahu zaman sekarang ramai orang lebih suka cari resepi di YouTube. Termasuklah aku. Aku suka tengok resepi baking atau kudapan daripada Korea, Japan dan Indonesia. Kalau local, aku suka Surianti Kitchen terutama tagline 'Siiiiapp' dia tu hihi.. 


15/9/2021 | Kek Pandan bakar

Tapi aku tegar juga nak post resepi di blog walaupun aku sedia maklum zaman dah berubah macam aku cakap tadi. Bukan sebab apa, aku post untuk rujukan aku sendiri sahaja. Jadi dengan cara ni, secara tak langsung, aku dapatlah tengok-tengok blog aku sendiri. Melawat blog sendiri ngee... Tapi sebab utama aku share dan buat link dekat sidebar adalah kerana aku nak make sure, sudah berapa jenis kek yang aku dah cuba buat..  selain untuk mengingatkan diri aku bahawa belum banyak lagi resepi kek yang aku belum buat-buat uhuk-uhuk.. selain untuk mengingatkan diri aku untuk rajin-rajin mem'baking'.. in shaa Allah...


Kali ni aku try buat lagi kek pandan versi bakar pulak. Bakar guna air fryer. Oven ada tapi aku pun tak pasti oven tu boleh guna lagi ke tak sebab anak aku suka pulas-pulas timer/temperature dia dan lain-lain tu... jadi aku isi oven aku dengan bahan baking ehehehe... Air-fryer aku kecik sahaja. Syukurlah ada jugak air-fryer suami beli awal-awal PKP tahun lepas. 



RESEPI KEK PANDAN BAKAR  🍰

1 cawan Gula pasir
4 biji Telur ayam
1 sudu teh Ovalette
----- (beat sampai kembang)

------ Selepas kembang, masukkan pula bahan-bahan di bawah dan beat sebentar sahaja :
1 sudu teh Pewarna Pandan/Hijau
1 sudu teh Perisa Pandan
2 sudu makan Susu Pekat


------ Ayak bahan di bawah dan kaup balik dalam adunan telur tadi.
1 ¹/₂ cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
1 sudu teh Garam 


bakar dalam Air Fryer | suhu 110℃ | 40 minit




Aku tak letak santan atau minyak dalam adunan. Bukan tips sihat atau tips jimat tapi aku lupa sebenarnya hehehee... 

Begitu jugak aku tak sapukan marjerin dalam keliling loyang. Terlupa juga prffftt..

Tapi alhamdulillah elok sahaja result dia dan sedap.


2 ulasan:

  1. Sedapnya.. pos Sket ke Shah Alam unaizah oii

    BalasPadam
  2. hehehe macam biasa ja ni, kena improve lg hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.