Ads Top

Kincir Angin Pulau Perhentian dan pemandangan lautan luas


HARI KEDUA | PETANG

 

Seronok sangat-sangat sebab kami dah sampai ke salah satu mercu tanda pulau hebattt ni.

Tudiaaa.... kincir angin Pulau Perhentian.



Okay, sebelah pagi kami snorkeling, sebelah petang pula kami hiking panjat bukit nak tengok view laut dari atas bukit. Mujurlah petang hari tu cuaca elok dan tak hujan. Kalaulah hujan kan... mesti pakat rasa ralat.. syukurlah Allah bagi rezeki untuk kami terus meneroka Pulau Perhentian lagi alhamdulillah. Kami takda plan B, C or D. Just A. Disebabkan tak hujan, jadi nak hiking pun senang sebab tanah tak licin. Sepanjang tiga hari dua malam dekat sini cuma gerimis sekejap sahaja manakala hujan lebat langsung takda. Jadi semua aktiviti yang nak buat, boleh terus buat sahaja. Takda aral. Syukur dipermudahkan trip kami kali ni..






Keadaan di atas bukit sebelum jumpa tangga panjang tu banyak pokok dah menjalar masuk tak di'trim' tapi tengoklah kami tetap tak kira, nak jugak ada gambar dekat sini. Gasaklah hutan pun hutan la..bukankah hutan ini kawan kita juga... haa macam tu hihi





mendaki tangga panjang untuk balik ke campsite semula.. 
masa turun tadi nak cari port yang sesuai untuk bergambar view laut tak letih pun..
err... ni nak naik balik tiba-tiba terasa letihhh ngee..


wefie lagi... 
depa kata wefie boleh menambahkan tenaga... ya ka..?




Ini foto semasa kami berehat sekejap selepas mendaki tangga panjang selepas tengok view laut untuk balik ke campsite. 



Mujur ada jugak 'bench' ni semua, dapatlah jugak duduk sekejap rehat-rehat selepas penat MENDAKI tangga panjangggggg. Memang ini tujuan tempat rehat ni dibina aku rasa.. Jadi harapan aku kita sama-samalah jaga kebersihan dan keindahan kawasan kincir angin ni. Untuk kegunaan orang selepas kita atau mungkin untuk kita sendiri jugak nak ulang ke sini lagi lain kali mana tahu kan...



Seronok dapat tengok laut luas macam ni. Macam dapat satu kepuasan.
Syukur Allah bagi rezeki jejak kaki ke Pulau Perhentian. Kita kena selalu bersyukur sebab Allah kata sesiapa yang bersyukur, Dia berjanji akan tambahkan lagi rezeki untuk kita. 











Sampai campsite lebih kurang jam 7.20 malam. Tengok bilik air banyak kosong, alhamdulillah pengalaman nak mandi sampai terpaksa beratur macam hari pertama sampai tak berulang lagi. pisang tak jadi berbuah hahaha.. Mandi waktu ni air pun laju. Seronok rasa.. Cepat siap.. tapi mandi dalam cahaya yang samar-samar la.. padan muka kahkah 


Malam tu kami repeat balik menu seperti hari pertama tapi kali ni ditambah dengan gulai daging dalam tin yang Staf Naim bawak. Sebelum masak tu, kami terpaksa pergi cari beras 2 pot sebab beras dah habis. Sebenarnya beras Syiha offer nak bawak untuk kami semua tapi dia tertinggal atas meja di rumah. Mujurlah kami semua memang ada bawak juga beras.. Kenangan betul kami bertiga pergi cari beras dekat kedai-kedai di Pulau Perhentian yang harga dia sangat mahal. Sebab tu 2 pot haha.. tak ingat dah berapa harga 1 pot.. 1 pot RM23 kalo tak silap.. beli 2 pot harga hampir RM50 yang ni konfirm.. Mujurlah Staf Naim mulut manis, minyak masak kami dapat percuma sahaja dari rumah orang dekat-dekat campsite kami duduk tu.. rumah tu mungkin rumah orang meniaga dekat pulau ni kot.. semoga Allah melimpahkan rezeki buat si pemberi minyak masak tu.. amiiin.


Selepas selesai makan malam, kami lepak-lepak lagi dekat kedai sebelah campsite kami tu macam pagi tadi sebelum pergi snorkeling. Minum-minum. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Sampai kedai tutup pun sambung lagi berbual-bual dekat meja kayu situ. Lepas tu, baru kami masuk khemah untuk tidur.   


letak gambar meja kayu ni lagi ~ fuhh!! kau memang legend kahkah.



4 ulasan:

  1. Suka tengok gambar last tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat duduk kedai tu memang kenangan betui laa.. hihi

      Padam
  2. Allahuu beras 1 pot pun cecah RM23. dah boleh beli sepeket beras 5kg teruss :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sis.. dah nak makan nasi beli jugak la. anggap saja tu rezeki dorang walaupun rasa macam tak patut huhu..

      btw terima kasih sudi follow blog takda niche saya ni hihi

      Padam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.